Ikuti Kami:

Diheret Sekali Dalam Skandal Langgan Pelacur, Wartawan Bersihkan Nama Hyunbin Daripada Tuduhan Liar!

Diheret Sekali Dalam Skandal Langgan Pelacur, Wartawan Bersihkan Nama Hyunbin Daripada Tuduhan Liar!

Masih segar lagi dalam ingatan semua mengenai skandal mesej peribadi beberapa pelakon popular di Korea. Ianya bermula apabila seorang penggodam telah menyebarkan beberapa keratan mesej selebriti ini yang ‘panas’ sehingga bertebaran ke serata laman komuniti Korea.

Yang paling tekesan akibat pendedahan ini ialah pelakon Joo Jinmo kerana terdapat banyak mesejnya melanggan pelacur dan bersembang mengenai wanita seperti mereka adalah objek. Pelakon veteran Jang Donggun juga habis dimaki kerana ‘kantoi’ tidur dengan perempuan lain semasa isterinya, Go Soyoung sedang mengandungkan anak kedua mereka.

joo jinmo dan jang donggun

Antara nama selebriti lain yang turut disebut-sebut dalam rantaian mesej itu ialah Hyunbin, Song Seunghun, Lee Jungjae dan Jung Woosung. Netizen turut mengesyaki para pelakon popular ini terlibat dengan perbuatan memalukan tersebut kerana nama mereka disebut sebagai antara rakan lepak mereka. Tambahan pula, Lee Jungjae dan Jung Woosung dikatakan turut sering berada di kelab yang sama di mana premis tersebut menyediakan ‘perkhidmatan istimewa’ sehingga menggelarkan bahawa itu adalah ‘rumah kedua’ mereka.

hyunbin, jung woosung, lee jungjae, song seungheon

Walaubagaimanapun, menerusi program “Heard It Through the Grapevine”, beberapa wartawan telah berkumpul bagi membincangkan topik hangat ini. Bukan sahaja pelakon yang terlibat dalam skandal ini tetapi ada juga dua pelakon lain, seorang idola, seorang pengarah dan chef terkenal yang menerima ugutan penggodam itu.

Nama Hyunbin juga dibahaskan oleh mereka kerana terdapat khabar angin bahawa namanya banyak kali disebut dalam mesej peribadi tersebut. Ini kerana ruang sembang itu sebenarnya adalah untuk geng main golf jadi lelaki itu juga berkemungkinan besar turut terlibat sama.

hyunbin tidak terlibat langgan pelacur

Para peminat teraju utama drama “Crash Landing On You” boleh menarik nafas lega kerana pelakon itu tidak melakukan apa-apa kesalahan jikalau pun dia benar-benar berada dalam ruang sembang itu, kata wartawan Choi Jungah.

Saya dah baca kesemua 688 mesej, kalau pun benar identiti ‘Bin’ dalam ruang sembang itu ialah Hyunbin, tiada apa-apa pun mengenainya. Peminat Hyunbin tak perlu risau sangat mengenai hal ini.

Fuhh! Mesti ramai yang lega apabila mendengarkan hal ini kan? Risau juga sekiranya pelakon kegemaran kita terlibat dengan perkara tak senonoh. Anda semua kini boleh bertenang dan sambung tonton “Crash Landing On You” dengan hati yang lega.

Sumber: Heard It Through the Grapevine

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...