Ikuti Kami:

Dihantui Trauma, Penonton Kongsi Teori Disebalik Kisah Silam Hong Dushik Dalam ‘Hometown Cha Cha Cha’

Dihantui Trauma, Penonton Kongsi Teori Disebalik Kisah Silam Hong Dushik Dalam ‘Hometown Cha Cha Cha’

Menjadi buah mulut ramai orang, sudah pasti semua orang ingin mengetahui cerita sebenar di sebalik kehidupan Hong Du-shik di dalam drama “Hometown Cha Cha Cha”.

Dilakonkan dengan baik oleh Kim Seon-ho misteri kehidupan lelaki itu selepas menghilangkan diri selama 5 tahun sebelum kembali ke Gongjin semakin hangat diperkatakan penonton.

Malah ramai yang cuba membina teori daripada klu yang ditinggalkan sehingga episod ke-6 kini.

Ada isteri dan anak?

Ada yang menebak bahawa gambar yang terselit di dalam buku dan membangkitkan rasa hiba di hati Hong Du-shik mungkin ialah isteri dan anaknya.

Walaubagaimanapun, ramai yang menolak sangkaan itu memandangkan nenek Gamri yang pernah berseloroh dan mengatakan bahawa lelaki itu serba boleh dalam semua perkara melainkan mencari isteri sekaligus menepis kemungkinan bahawa Hong Du-sik pernah mendirikan rumah tangga.teori hometown cha cha cha

teori hometown cha cha cha

Tidak gemar menjaga haiwan yang hidup

Mungkin berpaksi daripada trauma lalu, Hong Du-shik berkeras tidak mahu membela haiwan yang masih hidup meskipun dikenali sebagai seseorang yang sering menghulurkan bantuan. Disebabkan itu, permintaan Bo-ra untuk menjaga landak miliknya.

Lawatan ke klinik psikiatri

Tebakan bahawa lelaki itu mempunyai trauma yang masih menghantui kuat diperkatakan apabila dia dilihat mendapatkan rawatan di sebuah klinik psikiatri di Seoul. Malah dia juga dilihat mengambil ubat secara kerap bagi menangani masalah berkenaan.

Dalam episod lalu, “Hometown Cha Cha Cha” memaparkan sedikit bayangan mimpi Hong Du-shik di mana dia terperangkap di dalam sebuah bilik gelap dan terdapat tangan berdarah yang mencapainya.teori hometown cha cha chaTeori yang disebut ramai ialah lelaki itu yang dikenali sebagai seorang yang suka membantu berkemungkinan telah menolak permintaan seseorang yang rapat dengannya dan ianya membawa kematian kepada individu tersebut. Disebabkan itu, Hong Du-shik menghilangkan diri selama 5 tahun bagi merawat traumanya selain meninggalkan minat utamanya iaitu bidang kejuruteraan.

Perbezaan ‘had’ antara Yoon Hye-jin dan Hong Du-shik

Meskipun Yoon Hye-jin dan Hong Du-shik meletakkan tembok di sekeliling mereka namun ianya mempunyai tahap yang berbeza. Doktor gigi itu mempunyai garisan yang mampu dilihat oleh semua orang di mana personalitinya yang sukar berbaik dengan orang lain manakala Hong Du-shik pula meletakkan garisan di seliling dirinya sendiri di mana hanya dia yang memahami mengapa tembok itu dibina (mungkin kerana trauma).teori hometown cha cha chaKorang rasa apa yang jadi dengan Hong Du-shik sebenarnya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...