Ikuti Kami:

Dihadiri Ratusan Ribu Peminat, SEVENTEEN Cipta Rekod Baru Dengan Kehadiran Konsert Tertinggi

Dihadiri Ratusan Ribu Peminat, SEVENTEEN Cipta Rekod Baru Dengan Kehadiran Konsert Tertinggi

SEVENTEEN sekali lagi telah membuktikan populariti mereka.

Terbaru, SEVENTEEN telah mengadakan konsert jelajah mereka “SEVENTEEN TOUR FOLLOW AGAIN” di Jepun.

Diadakan selama 2 hari di Stadium Nissan, Yokohama, yang juga merupakan stadium terbesar di Jepun, konsert itu telah dihadiri oleh 140 ribu orang peminat dari Jepun dan luar negara.

Malah, kumpulan yang baru melakukan kemunculan semula mereka dengan lagu “Maestro” itu juga telah berjaya mencipta rekod baru dan menjadi kumpulan K-Pop generasi ke-3 dengan kehadiran konsert tertinggi.

Terlebih dahulu, rekod tersebut sebelum ini telah dipegang oleh BLACKPINK, di mana, konsert mereka yang diadakan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Mac 2023 telah mencatat kehadiran lebih 60 ribu orang peminat.

Tahniah buat SEVENTEEN dan CARAT!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...