Berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan, “D.P.” tanpa sengaja dilanda masalah baru-baru ini.
Khabarnya, rangkaian kedai serbaneka popular iaitu 7-11 akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak produksi drama berkenaan. Katanya, mereka mahu menghalang tayangan “D.P”, selain bukan sahaja menyasarkan pada Climax Studios tetapi Netflix juga.
Katanya, salah satu babak daripada naskhah itu tanpa sengaja telah merosakkan imej jenama rangkaian kedai berkenaan. Babak yang terlibat ialah semasa episod 5 di mana watak pengurus cawangan 7-11 dilihat memaksa watak Hwang Jang-soo supaya melakukan perbuatan terlarang selain membulinya. Disebabkan watak itu memakai pakaian uniform dengan logo 7-11, mereka mengatakan ia telah menjejaskan jenama tersebut.Walaupun pihak produksi sememangnya telah menerima kelulusan untuk menjalankan penggambaran di kedai berkenaan pada Januari lalu, mereka tidak menyangka bahawa kandungannya adalah negatif. Mereka berasa risau sekiranya penonton akan salah faham terhadap jenama itu selepas menonton “D.P.”.
Respon “D.P.” pula, pihak mereka memilih untuk tidak melayan permintaan 7-11 tetapi akan berbincang secara dalaman bagi mencari penyelesaian kepada babak bermasalah itu.
Harap tiada masalah yang besar mengenai isu ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.