Ikuti Kami:

Didakwa Manipulasi Kim Junghyun Ketika Bercinta, Seo Yeji Batal Hadiri Sidang Media Filem Baru Hari Ini

Didakwa Manipulasi Kim Junghyun Ketika Bercinta, Seo Yeji Batal Hadiri Sidang Media Filem Baru Hari Ini

Nampaknya semakin besar isu Seo Ye-ji yang dikatakan mengawal bekas kekasihnya, Kim Jung-hyun semasa mereka bercinta pada tahun 2018.

Disebabkan oleh dakwaan tersebut, ramai yang mengatakan bahawa kedua-dua mereka tidak menunjukkan profesionalisme yang sepatutnya sebagai pelakon sehingga menyusahkan staf dan pelakon drama “Time” yang diterajui oleh Kim Jung-hyun pada ketika itu.

Semakin banyak kritikan yang diterima dan semakin banyak rahsia yang dibongkarkan, Seo Ye-ji dan Kim Jung-hyun nampaknya lebih senang mendiamkan diri daripada memberikan sebarang respons kepada media.

Terbaru, pelakon wanita itu yang sepatutnya menghadiri sidang media untuk mempromosikan filem “Recalled” bersama Kim Kang-woo pada hari ini nampaknya membuat keputusan untuk membatalkan kemunculannya tersebut pada saat terakhir.

kim junghyun dan seo yeji

Meskipun dikatakan akan menhadiri acara tersebut seperti biasa selepas kontroversi ini ‘meletus’ kelmarin namun Seo Ye-ji menarik balik kata-katanya. Dia dikatakan menarik diri dengan alasan mempunyai sebab peribadi.

Menurut laporan media, pelakon wanita itu yang popular menerusi drama “It’s Okay To Not Be Okay” itu meminta supaya pihak produksi “Recalled” menolak kesemua soalan mengenai isunya bersama Kim Jung-hyun. Apabila staf menyampaikan agak sukar untuk mereka menghalang perkara itu daripada berlaku, Seo Ye-ji membuat keputusan untuk membatalkan kemunculannya terus.

Hmmm.. sama-sama kita nantikan penjelasan lanjut daripada pihak mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...