Ikuti Kami:

Didakwa Guna Steroid, Kim Jongkook Bakal Jalani 391 Ujian Doping

Didakwa Guna Steroid, Kim Jongkook Bakal Jalani 391 Ujian Doping

Ingat tak ada seorang ahli bina badan Kanada iaitu Greg Doucette yang mendakwa Kim Jong-kook menggunakan steroid bagi membuat badannya?

Nampaknya Kim Jong-kook tidak duduk diam sahaja bagi membuktikan badannya dibina secara natural. Ahli “Running Man” itu memuat naik foto beberapa alatan dan borang untuk menjalani ujian dadah (doping) di saluran laman komuniti YouTube miliknya baru-baru ini,

Saya akan menjalani 391 ujian doping berdasarkan 2022 WADA (Agensi Anti-Doping Sedunia), di mana ia mempunyai senarai dadah haram sehingga yang terbaru. Ianya akan mengambil masa dan wang yang banyak, namun saya percayakannya. Ia akan membuktikan yang saya tidak menggunakan sebarang hormon, dan juga dadah.

kim jongkook

Kim Jong-kook juga sempat mengucapkan terima kasih buat semua,

Saya akan mengambil peluang ini untuk membuktikan sebarang tuduhan yang dijatuhkan atas saya mengenai penggunaan dadah ataupun hormon. Saya menantikan masa untuk belajar menghormati perbezaan dan kematangan untuk mengakui sesuatu.

Jangan main-main dengan Kim Jong-kook!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...