Ramai rasanya yang masih lagi tak mampu melupakan kemeriahan yang dirasai semasa konsert ‘BORN PINK’ di Kuala Lumpur kelmarin.

Meskipun cuaca panas yang mungkin tidak biasa dirasai ahli kumpulan itu, namun mereka menyampaikan kesemua persembahan dengan bertenaga dan bergembira dengan kesemua peminat tempatan yang hadir dan menyapa kesemua yang melambaikan ‘PINKBONG’.
Bukan sahaja lagu popular seperti ‘Ddu Du Ddu Du’, ‘Kill This Love’, ‘Shut Down’, namun Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa turut mempersembahkan lagu solo masing-masing seperti ‘Money’, ‘Hard To Love’, ‘Liar’ dan banyak lagi.
@kimchidaily_ Memang semua crazy over them tadi 😍🔥 #bornpinkinkl #blackpink #kpop #kenter #sembangentertainment #kimchidaily ♬ original sound – kimchidaily
Menerusi data tidak rasmi yang berterbangan mengenai konsert ini, khabarnya jumlah penonton yang hadir menghampiri 70,000 dan ia merupakan angka yang paling besar dicapai oleh BLACKPINK sepanjang jelajah dunia ‘BORN PINK’ ini.
Malah katanya, keuntungan kasar yang dicapai untuk konsert yang berlangsung di Bukit Jalil ini mencecah hingga 9 juta dollar iaitu RM40,284,000. Wow!
Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran sahaja dan tidak dapat dipastikan sama ada ianya benar. Mungkin kurang mungkin lebih daripada apa yang dikira oleh peminat.
Hebat lah BLACKPINK!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily