Ikuti Kami:

Diam Diri Isu Jennie & V BTS Bercinta, YG Beri Respon Jadual BLACKPINK

Diam Diri Isu Jennie & V BTS Bercinta, YG Beri Respon Jadual BLACKPINK

Nampaknya, Jennie BLACKPINK dan V BTS sekali lagi terpalit dengan khabar angin sedang bercinta.

Baru-baru ini, satu gambar Jennie bersama V telah tersebar dalam talian, menjadi perbualan ramai netizen. Meskipun ada yang mengatakan bahawa gambar tersebut telah disunting, namun masih belum ada apa-apa penjelasan sahih dinyatakan.

Terbaru pada 24 Ogos, V dilihat berada di lapangan terbang dalam perjalanannya ke New York. Khabar angin bercinta antara mereka dibangkitkan semula apabila Jennie juga dijadualkan untuk ke negara yang sama seperti V.

blackpink

Selepas pelbagai spekulasi dibuat, YG Entertainment akhirnya tampil memberi kenyataan mengenai jadual aktiviti BLACKPINK. Jelas agensi,

BLACKPINK berhasrat untuk melaksanakan jadual yang padat sebaik sahaja mereka berlepas pada 25 Ogos, termasuk menghadiri ‘MTV VMA’ serta pelbagai jadual lain untuk kemunculan album penuh kedua mereka.

Untuk pengetahuan, BLACKPINK adalah kumpulan gadis K-Pop pertama yang akan membuat persembahan di MTV ‘Video Music Awards’ (VMA), pada 29 Ogos ini di Newark, New York.

Dalam pada itu, YG juga telah mengesahkan bahawa BLACKPINK sedang menjalani penggambaran untuk muzik video kedua mereka selepas “Pink Venom”, di Gyeonggi-do.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...