Ikuti Kami:

Dialih Suara, ‘100 Days My Prince’ Rekod Sejarah Dengan Rating Tertinggi Di Saluran TV Filipina!

Dialih Suara, ‘100 Days My Prince’ Rekod Sejarah Dengan Rating Tertinggi Di Saluran TV Filipina!

Siapa masih ingat dengan drama “100 Days My Prince” yang pernah ditayangkan pada September tahun lepas? Walaupun dah lama tamat, ramai penonton yang masih teringat lagi dengan kehebatan naskhah ini!

100 days my prince cipta rekod di filipina

Sinopsis

Bagi yang tidak tahu, drama ini mengisahkan tentang Lee Yul, lakonan Do Kyungsoo (D.O EXO) iaitu seorang Putera Raja Joseon yang sangat dingin dan kuat mengarah walhal sebenarnya dia seorang yang sangat sunyi. Pada suatu hari, dia telah memaktubkan undang-undang di mana semua rakyat Korea perlu berkahwin sebelum mencecah usia 28 tahun.

Hongshim (lakonan Nam Jihyun) merupakan seorang wanita yang bijak dan bekerja keras untuk menampung ayahnya. Dia juga merupakan anak dara yang paling tua di dalam kampung yang didudukinya dan dia perlu mencari seorang suami bagi mengelakkan hukuman daripada pihak atasan.

Dalam satu cubaan membunuh, Lee Yul telah cedera parah dan dia dijaga oleh Hongshim dan ayahnya. Kerana kecederaan itu, lelaki tersebut hilang ingatan buat sementara waktu dan mula merayau sebagai orang biasa yang tidak mempunyai nama. Kerana undang-undang yang telah ditetapkan oleh Lee Yul sendiri, dia dan Hongshim akhirnya dipaksa berkahwin supaya dapat mengelakkan hukuman dan menyelamatkan kampung tersebut daripada kemarau.

100 days my prince cipta rekod di filipina

Dialih suara di Filipina

Walaupun ditayangkan pada 2018 di Korea, “100 Days My Prince” telah dibeli oleh stesen penyiaran ABS-CBN di Filipina dan mula ditayangkan di saluran televisyen tempatan bermula daripada Oktober lepas. Baru sahaja ke udara tidak sampai sebulan di Filipina, namun drama itu telah mencipta rekod dengan catatan rating yang hebat! Naskhah itu telah mendapat rating 18.2% di seluruh negara di mana 15.1% datang daripada Manila Metro, 16.4% rekod oleh area urban dan 20% disumbangkan oleh kawasan pinggiran bandar.

Rekod ini menjadikan “100 Days My Prince” sebagai drama yang paling tinggi ratingnya untuk slot tayangan itu! Episod yang ditayangkan pada 14 November telah ditonton sebanyak 18 juta kali daripada 108 juta penduduk di negara Filipina.

100 days my prince cipta rekod di filipina

Hebat sungguh! Ternyata penangan lakonan hebat Do Kyungsoo, Nam Jihyun, Kim Seonho dan banyak lagi membuatkan semua penonton melekat depan televisyen bagi merungkai plot cerita “100 Day My Prince” itu.

Sumber: Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...