Ikuti Kami:

“Dia Tinggi Rupanya”- Makin Dikenali Kini, Penampilan Kang Naeon Jadi Bualan Netizen

“Dia Tinggi Rupanya”- Makin Dikenali Kini, Penampilan Kang Naeon Jadi Bualan Netizen

Nampaknya, selepas membintangi drama “Crash Course in Romance”, kini Kang Na-eon mula dikenali ramai.

Baru-baru ini, pelakon dari drama “Crash Crouse in Romance” iaitu Kang Na-eon telah memuat naik gambar di laman komuniti dalam talian.

Untuk maklumat, pelakon wanita itu dilahirkan pada tahun 2001 dan melalukan debutnya dalam dunia lakonan bagi drama “Blind” pada tahun lepas. Kemudian, dia meneruskan kerjaya lakonannya untuk drama “Crash Crouse in Romance”, memegang watak sebagai Bang Su-a.

kang naeon

Disebabkan drama “Crash Course in Romance” menjadi perbualan ramai, netizen terkejut dengan penampilan Kang Na-eon yang menunjukkan dia nampak begitu tinggi dalam gambar yang dikongsi.

Dia comel apabila hanya melihat wajahnya dalam drama, tetapi melihat gambar seluruh badannya, dia sangat tinggi.

 

Dia sangat cantik.

 

Dia mempunyai bentuk muka bulat, tetapi dia tinggi.

Kalau korang nak tahu, selepas tamatnya “Crash Course in Romance”, Kang Na-eon bakal muncul dalam drama “The Tale of a Gumiho 1938” yang akan ditayangkan pada bulan Mei ini.

Betul la tu…Kang Na-eon memang cantik!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...