Ikuti Kami:

“Dia Tak Pernah Kata ‘Tidak'” – Menjelang Episod Akhir, Para Bekas Pengarah ‘Running Man’ Puji Lee Kwangsoo

“Dia Tak Pernah Kata ‘Tidak'” – Menjelang Episod Akhir, Para Bekas Pengarah ‘Running Man’ Puji Lee Kwangsoo

Pemergian Lee Kwang-soo daripada “Running Man” bukan sahaja memberi impak besar kepada penonton dan ahli lain namun para bekas PD (pengarah produksi) rancangan itu turut terasa kehilangannya.

Dalam entri berlainan, PD Jung Chul-min dan PD Lee Hwan-jin memuat naik kata-kata semangat untuk lelaki tinggi lampai itu mengenai dedikasinya sepanjang menjadi ahli “Running Man”.

PD Jung Chul-min,

Kwang-soo yang sentiasa melakukan yang terbaik dan seikhlasnya. Saya tak akan pernah lupakan apa yang awak sampaikan pada saya ketika hukuman ‘wing-walking’.

Kwang-soo: Adakah kapal terbang ini terbang pada ketinggian yang biasa?

Chul-min: Tak, kami rendahkan sedikit kerana ianya mungkin agak menakutkan.

Kwang-soo: Naikkan ia setinggi yang boleh. Penonton mungkin akan berasa bosan sekiranya ia tidak menghiburkan.

Chul-min: Awak pasti ke?

Kwang-soo: Ya.

Dia sering fikirkan mengenai program dan karier berbanding dirinya sendiri dan menunjukkan sikap profesional. Walaupun dia lebih muda daripada saya, saya sering menghormatinya. Adik kesayangan Lee Kwang-soo, awak dah lakukan yang terbaik. Kwang-soo, saya yakin awak boleh lakukan apa-apa sahaja kerana awak selalu bekerja keras. Saya harap hanya bahagia yang menanti awak selepas ini.

jung chulmin

jung chulmin lee kwangsoo

PD Lee Hwan-jin,

Seingat saya, Kwang-soo tidak pernah mengatakan ‘Tidak’ kepada staf. Meskipun jari kakinya patah ketika permainan tarik tag nama, malah semasa dia demam selsema dan dimandikan air sejuk sebagai hukuman. Semasa menyunting, saya selalu merasakan bahawa dia merupakan seorang yang sangat kelakar dan kesemua pelawak di dunia ini pastinya terkejut apabila melihatnya. Walaupun dia pelik apabila memasuki dunia hiburan, dia merupakan saudara istimewa dan rakan yang baik. Awak sangat hebat sepanjang beberapa tahun ini. Akhir sekali, saya ingin katakan kepada semua. Kwang-soo bukanlah bodoh.. atau adakah ya? Walau ya pun, dia tak adalah bodoh sangat.. atau adakah ya?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 어차피 잘 될 놈 (@hwanjine)

Malah agensi Lee Kwang-soo turut mengucapkan terima kasih kerana menyayanginya selama 11 tahun ini dan meminta agar semua menyaksikan episod terakhirnya bersama “Running Man” yang bakal ditayangkan hari ini (13 Jun).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KINGKONG by STARSHIP (@kkbyss)

Harap hanya bahagia untuk Lee Kwang-soo selepas ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...