Ikuti Kami:

“Dia Seperti Gila Lelaki..” – Penonton Kritik Hubungan Cinta Ini Dalam ‘Crash Course In Romance’

“Dia Seperti Gila Lelaki..” – Penonton Kritik Hubungan Cinta Ini Dalam ‘Crash Course In Romance’

Tak dinafikan bahawa “Crash Course In Romance” merupakan drama yang menjadi tontonan ramai peminat K-Drama kini.

Meskipun mencapai rating mengagumkan pada saban episod namun siri itu tak semena-mena menerima kritikan penonton.

Dalam episod terbaru ini, Nam Haeng-seon (Jeon Do-yeon) dan Choi Chi-yeol (Jung Kyung-ho) akhirnya mengakui cinta antara masing-masing selepas badai melanda. Pun begitu, rakan wanita itu iaitu Kim Young-joo (Lee Bong-ryun) juga cuba mencari cinta sendiri dan sepertinya melihat adik Nam Haeng-seon dengan pandangan yang baru.

lee bongryun oh euisik

Selepas menutup kedai, Kim Young-joo mengajak Nam Jae-woo untuk minum bersama. Katanya,

Saya benar-benar sunyi sekarang. Sejujurnya, awak rasa saya seorang wanita yang okay tak?

Balas lelaki itu,

Ya, awak wanita yang baik.

oh euisik crash course in romance

Akuinya secara tiba-tiba pada Nam Jae-woo,

Kalau awak menyuap makanan itu, bermakna kita akan bertemu janji.

Terkejut dengan pengakuan Kim Young-joo itu, Nam Jae-woo meletakkan sudu tersebut dan mengatakan bahawa agak ‘menjijikkan’ jika dia bercinta dengan rakan kakaknya sendiri yang sudah dianggap sebagai keluarga.

lee bongryun crash course in romance

Selepas menonton babak itu, komen penonton kecewa,

Kenapa mereka tiba-tiba menjadikan Young-joo seperti seorang wanita tua yang gilakan lelaki?

 

Dia suka adik rakannya sendiri yang kurang upaya?

 

Situasi yang pelik dan menggelikan..

 

Saya tak setuju dengan hubungan cinta ini..

Apa pendapat korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...