Ikuti Kami:

“Dia Sayang Malaysia” – Temui Song Jihyo Di Malaysia Pada 17 & 18 Mac Ini

“Dia Sayang Malaysia” – Temui Song Jihyo Di Malaysia Pada 17 & 18 Mac Ini

Bukan lagi khabar angin, Song Ji-hyo sendiri telah mengesahkan bahawa dia bakal hadir ke Malaysia tak lama lagi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Glutanex di laman media sosialnya, ahli “Running Man” itu akan hadir bagi memeriahkan lagi booth jenama kecantikan itu yang bakal dibuka di ‘K-Beauty Festa’ anjuran Watsons Malaysia.

Daripada info yang dikongsi, Song Ji-hyo bakal menghadirkan diri selama 2 hari iaitu pada 17 dan 18 Mac di acara yang akan berlangsung di Sentul Depot, Kuala Lumpur.

Rata-rata peminatnya meluahkan rasa teruja memandangkan ini merupakan kali kedua Song Ji-hyo ke sini sebagai duta jenama Glutanex.

Dia sayang Malaysia.

 

Harap ada rezeki lah, hari tu tak sempat pergi.

 

Terima kasih bawa Song Ji-hyo lagi.

 

Bukan jumpa Song Ji-hyo sahaja, Watsons Malaysia turut sediakan pelbagai aktiviti menarik seperti nasihat penjagaan kulit daripada jenama terkenal Korea, sewa Hanbok, persembahan K-Pop dan banyak lagi. Boleh ‘secure’ slot korang (https://bit.ly/K-BEAUTY-FESTA-RSVP) sekarang juga!

Pada November lalu, pelakon tersebut pernah ke Tropicana Gardens Mall bagi merasmikan pelancaran jenama berkenaan di Malaysia.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...