Ikuti Kami:

“Dia Sangat Tampan”- Netizen Bincang Wajah Park Solomon Iras Go Soo, Minho SHINee & Selebriti Lain

“Dia Sangat Tampan”- Netizen Bincang Wajah Park Solomon Iras Go Soo, Minho SHINee & Selebriti Lain

Di mana sahaja anda berada, pastinya semua sedang sibuk bersembang mengenai “All Of Us Are Dead” kan?

Bukan sahaja plotnya, namun para pelakon yang membintangi siri zombi berkenaan turut menjadi sebutan ramai. Antara yang mengecapi populariti dalam ‘satu malam’ ialah Lomon atau pun Park Solomon.

Baru berusia 23 tahun, lelaki ini berjaya mencuri hati ramai penonton wanita dek kegagahan dan kepimpinan yang ditampilkan oleh watak Lee Su-hyeok dalam ketika bertempur dengan zombi dalam “All Of Us Are Dead”.

Kalau anda nak tahu, dia dilahirkan di Uzbekistan namun merupakan orang Goryeo, ini bermakna memang 100% orang Korea Selatan. Unik kan?

park solomon al of us are dead

Meskipun biasa membintangi beberapa drama seperti “Bride Of The Century”, “Doctors”, “Shopaholic Louis” dan banyak lagi sebelum ini, namun Romon mencipta nama sebagai pelapis baru pelakon Korea selepas membintangi siri Netflix ini.

Tak sahaja kerana bakat lakonannya, namun wajahnya yang tampan membuatkan lelaki itu sebagai pakej lengkap sebagai pelakon yang menyeluruh. Disebabkan itu, ramai yang mula berbincang mengenai wajah Lomon yang kelihatan seiras dengan beberapa selebriti popular Korea.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lomon 991111 (@lomon991111)

Komen mereka,

Dia sangat seiras dengan Minho SHINee.

 

Lomon kelihatan seperti Minho SHINee dan Go Soo semasa muda.

 

Matanya seperti Kim Hyun-joong.

 

Bila awak handsome, awak kelihatan sama dengan semua.

 

Lomon ada iras Oh Ji-ho.

 

Dia ada mirip Go Soo.

 

Bukan Go Soo, dia mirip Kim Hyun-joong dan Lee Dong-gun.

 

Wajahnya seperti Minho SHINee dan matanya seperti Lee Dong-gun.

 

Keseluruhan wajahnya memang tampan.

park solomon go soo minho

Dari kiri: Minho SHINee, Go Soo, Oh Jiho, Kim Hyunjoong

Dalam pada itu, Park Solomon menunjukkan peningkatan pengikut Instagram yang ketara sebanyak 3 juta kini selepas “All Of Us Are Dead” disiarkan pada minggu lalu.

Tak kisah rupa macam siapa pun tapi yang pasti Lomon memang handsome kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...