Pertama kali bekerjasama dalam “The Glory”, Jung Sung-il nampaknya mempunyai pengalaman yang baik berlakon dengan Song Hye-kyo.

Terbaru pada 24 Mac, Jung Sung-il telah terlibat dengan satu temu bual, di mana dia berkongsi mengenai lakonannya dalam “The Glory” dan banyak lagi.
Khususnya, Jung Sung-il ditanya tentang perasaannya bekerja dengan Song Hye-kyo dalam drama tersebut. Kongsi pelakon lelaki itu,
Saya sangat menyukai lakonan Song Hye-kyo dalam ‘That Winter, the Wind Blows’ jadi, apabila saya bertemu dengannya saya berkata ‘Kamu sangat hebat ketika itu’ dan dia berkata dia juga suka merakamnya.
Tambah pelakon berumur 43 tahun itu lagi,
Apabila kami berlakon bersama, saya menyedari ‘Inilah sebabnya dia berlakon begitu lama’ dan berkat itu, saya dapat menumpukan perhatian. Dia sangat hebat apabila dia berlakon dan ia menyeronokkan.
Bukan itu sahaja, Jung Sung-il juga turut berkongsi bahawa dia menerima banyak bantuan dari pelakon “Descendants of the Sun” itu ketika sesi penggambaran,
Saya terima banyak bantuan dari Song Hye-kyo. Dia seorang kawan yang menunjukkan lebih dari apa yang saya fikirkan. Saya juga rasa berterima kasih atas komen yang mengatakan ‘chemistry’ antara Ha Do-young dan Moon Dong-eun adalah baik.
Harap dapat tengok mereka berlakon bersama sekali lagi nanti.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉