Tak payah ceritalah mengenai keakraban ahli “Running Man”, bertahun menghabiskan masa bersama, sudah pasti mereka sudah seperti keluarga.
Terbaru, Jun So-min telah menjalani satu sesi temu rumah untuk majalah Esquire. Menerusi itu, dia mendedahkan ahli mana yang paling rapat dengannya.
Ahli tersebut ialah Ji Suk-jin. Tak sangka kan?
Jelasnya,
Saya banyak berbual dengan Ji Suk-jin dalam perbualan telefon tahun ini. Dia merupakan seorang yang sangat baik dan kelakar, saya rasakan masa berbual bersamanya adalah perkara yang membuatkan saya paling gembira kebelakangan ini.
Sudah mengenali perangai ahli “Running Man”, Jun So-min meluahkan rasa risau sekiranya mereka akan mengusiknya apabila gambar majalahnya keluar nanti.
Sejujurnya, mereka pasti akan mengusik saya, dan mengatakan bahawa saya cuba kelihatan cantik. Tapi saya bukannya cuba nampak cantik! Saya sememangnya cantik.
Tak sah lah kalau tak kena ‘bahan’ Jun So-min nanti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.