Ikuti Kami:

“Kami Berbual..” – Dapat Bekerja Bersama Di Korea, Pemuda Malaysia Ini Puji Kebaikan Song Jihyo

“Kami Berbual..” – Dapat Bekerja Bersama Di Korea, Pemuda Malaysia Ini Puji Kebaikan Song Jihyo

Siapa yang tak seronok kalau dapat berjumpa dengan selebriti kesukaan kan?

Terbaru, seorang warga Malaysia yang bekerja di Korea kini bernama Naufal Omar telah berkongsi dengan lebih lanjut mengenai pertemuan bersama Song Ji-hyo atas sebab kerja.

Menerusi akaun media sosialnya, lelaki itu yang bekerja sebagai pereka grafik di syarikat induk Glutanex di Korea mendedahkan bagaimana dia berhadapan dengan pelakon wanita tersebut yang juga merupakan duta jenama kecantikan berkenaan bagi membentangkan ideanya.

Jelasnya semasa di awal perjumpaan, Song Ji-hyo yang terkenal dengan karakter ‘blank’ telah tersilap menyapa ‘Good Morning’ meskipun waktu sudah pun menunjukkan jam 4 petang.

Seperti yang kita semua kenali, Song Ji-hyo kemudiannya tanpa sengaja memanggil Naufal dengan nama ‘Rafael’ dan memohon maaf kerana tersilap.

Bukan itu sahaja, pelakon itu turut memberikan sekotak coklat buat Naufal bersempena dengan Hari Kekasih yang baru sahaja berlalu.

Comel lah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...