Ryeo-wook telah mengadakan majlis perkahwinannya, di mana ianya telah dihadiri oleh kesemua ahli serta bekas ahli SUPER JUNIOR termasuk Kang-in, Han Geng, Ki-bum dan Henry.
Malah, mereka turut membuat persembahan lagu “Sorry Sorry” di majlis resepsi tersebut dengan kesemua ahli lengkap kecuali Si-won.
Selepas persembahan itu tamat, Lee-teuk telah berkata,
Hari ini awak semua berjumpa dengan Kang-in, yang lebih lama menghabiskan hidup dengan bermuhasabah diri berbanding aktif sebagai penyanyi.
Tambahnya,
Saya nak minta awak semua untuk maafkan dia. Dia hanya dapat jadi selebriti selama 5 tahun dan dah berehat hampir 15 tahun. Sebab harini merupakan hari yang baik, mari kita maafkan dia supaya Kang-in juga boleh menyara hidupnya.
Reaksi netizen terhadap kenyataan tersebut,
- Dia yang dah banyak kali buat hal.
- Kenapa Lee-teuk nak kata macam tu dekat majlis perkahwinan orang?
- Kang-in dah dua kali lakukan perkara yang sama.
- Kenapa nak kena maafkan dia selepas apa yang dia lakukan?
Hmm..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.