Semakin lama, semakin ramai katanya yang dah terjerumus masuk dalam kancah drama “18 Again”. Walaupun diadaptasi daripada filem Amerika “17 Again” namun naskhah Korea ini menerapkan pelbagai elemen menyentuh perasaan lagi sehingga membuatkan penonton menangis sama.
Selepas Lee Do-hyun dibanjiri pujian dek kehebatannya membawa watak seorang 37 tahun yang terperangkap dalam badan yang berusia 18 tahun, pelakon baru itu sekali lagi dipuji kerana mampu membawa babak hiba sampaikan penonton di rumah menangis sekali.
[Amaran SPOILER]
Dalam episod ke-8 “18 Again”, Hong Dae-young menangis teresak-sesak selepas mengetahui bahawa ibunya meninggal dunia dek penyakit berbahaya. Langsung tidak tahu mengenai perkara tersebut, rupanya ibu dia meninggal selepas pembedahannya gagal.
Tidak mampu mengawal perasaan, Hong Dae-young menjerit ke arah ayahnya
Bangunkan dia semula! Ibu sudah lama sakit tapi kenapa saya baru tahu sekarang? Kenapa rahsiakan daripada saya? Kenapa tak beritahu awal-awal?!
Rata-rata penonton meninggalkan komen sayu apabila melihat lakonan hebat Lee Do-hyun itu,
Saya menjadi emosional apabila melihat lakonannya.
Babak menangisnya membuatkan hati saya meruntun sama.
Saya rasa dia layak mendapat anugerah untuk persembahannya dalam drama ini.
Bukan itu sahaja, malah kesudahan episod ke-8 juga membuatkan penonton beremosi apabila Hong Dae-young yang memenangi pertandingan bola keranjang telah menunjukkan bahasa isyarat kepada ayahnya,
Ayah pernah katakan bahawa melihat saya bermain bola keranjang adalah perkara yang paling menggembirakan buat ayah kan? Saya mahu tunjukkan ianya sekali lagi buat ayah.
Minta maaf kerana saya terlambat. Maafkan saya, ayah.
Memang hebat betul emosi dan ekspresi yang ditonjolkan oleh Lee Do-hyun, semoga dia terus berjaya melangkah dalam dunia lakonan selepas ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.