Ikuti Kami:

“Dia Pandai Sesuaikan Diri”- Go Bogyeol Puji Sikap Kim Mingyu Di Set Penggambaran

“Dia Pandai Sesuaikan Diri”- Go Bogyeol Puji Sikap Kim Mingyu Di Set Penggambaran

Nampaknya, temu bual Kim Min-gyu dan Go Bo-gyeol dalam majalah 1st Look telah dikeluarkan.

Baru-baru ini, pelakon utama untuk drama “The Heavenly Idol” iaitu Kim Min-gyu dan Go Bo-gyeol telah mengadakan sesi penggambaran dan wawancara bersama majalah 1st Look.

Dalam wawancara itu, dua pelakon tersebut ditanya bagaimana mereka berkomunikasi dan tanggapan pertama mereka terhadap satu sama lain.

Kim Min-gyu pada mulanya bercakap tentang dirinya,

Ia seperti dimensi ke empat. Saya jenis yang suka bergurau, tetapi saya juga seorang yang berfikiran luas dan sentiasa menerima baik buruk saya.

kim mingyu

Selepas itu, dia mula menyatakan tentang tanggapannya terhadap Go Bo-gyeol,

Bo-gyeol mempunyai sikap serius dan dingin terhadap lakonannya. Saya fikir dia sentiasa ceria, tetapi dia mempunyai daya tarikan yang bercanggah dengan saya jadi, banyak perkara yang perlu dipelajari darinya.

Selain itu, Go Bo-gyeol turut memuji Kim Min-gyu dalam wawancara tersebut. Kongsinya,

Dia lebih muda daripada saya, tetapi dia kelihatan lebih matang dan semakin saya mengenalinya, saya semakin terkejut. Adakah awak mempunyai bakat untuk membuat orang rasa selesa? Dia seorang yang mudah menyesuaikan diri dengan sesiapa dan di mana sahaja. Dia juga seorang yang menceriakan suasana dan pandai menari moonwalk setiap kali ada masa di tempat penggambaran.

Untuk pengetahuan korang, “The Heavenly Idol” diadaptasi dari webtoon popular yang mengisahkan tentang Ketua Paderi yang dilakonkan oleh Kim Min-gyu. Pada suatu hari, dia mendapati dirinya berada dalam tubuh bintang idola yang tidak dikenali iaitu Woo Yeon-woo, ahli kumpulan Wild Animal. Seterusnya, Kim Dal merupakan seorang pengurus kumpulan bintang idola Wild Animal dan juga peminat no.1 Woo Yeon-woo.

Tak sangka Kim Min-gyu seorang yang periang. Comel je! Apa-apa pun, jangan lupa untuk saksikan drama “The Heavenly Idol” yang bakal ditayangkan pada 15 Februari nanti.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...