Ikuti Kami:

“Dia Nak Pengarah..” – Masih Tiada Drama Baru, Rupanya Ini Sebab Byeon Wooseok Tolak Banyak Tawaran Lakonan

“Dia Nak Pengarah..” – Masih Tiada Drama Baru, Rupanya Ini Sebab Byeon Wooseok Tolak Banyak Tawaran Lakonan

Selepas “Lovely Runner”, pasti ramai yang menantikan drama pilihan Byeon Woo-seok yang seterusnya kan?

Dalam program “You Quiz on the Block” sebelum ini, Byeon Woo-seok pernah berkongsi bahawa dia telah menerima lebih 20 tawaran lakonan kini dengan pelbagai genre berbeza.

Malahan menurut media, lelaki itu juga sedang menjadi pilihan ramai pengarah kini yang ingin mengambilnya sebagai pelakon utama,

Terdapat skrip ditawarkan kepada Byeon Woo-seok walaupun umur watak itu tidak sepadan dengannya. Jika dia bersetuju, mereka sanggup menurunkan umur watak itu. Penampilan Byeon Woo-seok pastinya akan menjamin slot siaran jadi persaingan untuk mendapatkannya adalah sengit.

Namun, orang dalam syarikat produksi turut menambah,

Byeon Woo-seok sedang mencari pengarah yang boleh membantu menangani kelemahannya melalui arahan mereka. Tidak terkejut jika salah seorang pengarah teratas akan dapat merekrutnya.

byeon wooseok

Sebelum ini, pelakon itu akui bahawa dia ingin memperbaiki lakonannya dan menjadi seorang pelakon yang boleh memberikan persembahan yang memuaskan hati.

Tambahan, dia juga menekankan kepentingan untuk bekerja dengan pengarah yang dipercayainya, yang dijangka adalah faktor utama dalam pemilihan projeknya.

Nampaknya setakat ini, Byeon Woo-seok masih belum berjumpa dengan pengarah yang dia benar-benar percaya dan disebabkan itu tiada berita tentang projek lakonannya yang seterusnya selepas “Lovely Runner”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   JTBC

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...