Ikuti Kami:

“Dia Malu Dengan Saya..” – Pelakon Wanita Ini Dedah Dipukul Ibu Dek Wajah Menyerupai Ayah

“Dia Malu Dengan Saya..” – Pelakon Wanita Ini Dedah Dipukul Ibu Dek Wajah Menyerupai Ayah

Korang kenal tak pelakon Korea bernama Lee So-jung?

Terbaru, Lee So-jung telah muncul dalam program MBC “Oh Eun Young’s Report: Marriage Hell” bersama suaminya, yang mengusahakan sebuah restoran Jepun.

Khususnya dalam siaran itu, wanita tersebut mendedahkan sebab dia berkahwin awal,

Pada masa itu, saya hanya mahu menjauhkan diri dari ibu saya dan tidak berasa tertekan. Ibu saya juga tidak datang ke majlis perkahwinan saya. Dia memanggilnya ‘perkahwinan pencuri’ dan menyaman saya.

Kemudian, Lee So-jung juga turut berkongsi bahawa ibunya berkahwin secara rahsia dengan warga asing,

Dia berkahwin secara rahsia ke Amerika Syarikat tanpa pengetahuan datuk dan nenek saya. Menjadi bangsa campuran bukanlah masalah besar bagi saya. Ibu memilih untuk berkahwin dengan ayah saya dan melahirkan saya tapi dia berasa malu dengan saya kerana menjadi kaum campuran. Ia bukan salah saya tetapi dia menghina dan memukul saya kerana saya menyerupai ayah saya.

lee sojung

Sambungnya lagi dengan menjelaskan sebab dia memilih untuk menjauhi ibunya,

Saya mahu mengelak dari ibu saya untuk masa yang lama jadi saya memutuskan untuk berkahwin. Pada satu hari, aduan dihantar ke rumah saya, menyatakan bahawa ibu saya menuntut pampasan sebanyak 290 juta won untuk wang yang dia laburkan untuk membesarkan saya. Saya diperlakukan seperti orang berdosa kerana kewujudan saya.

Namun, Lee So-jung menambah,

Saya tidak mahu mengekalkan hubungan saya dengannya tetapi tidak masuk akal untuk sama ibu bapa saya sendiri, jadi saya memberikan sahaja wang pampasan kepadanya.

Bagi yang belum tahu, Lee So-jung pernah membintangi drama seperti “High Kick! 2”, “The Virus”, “Tazza” dan banyak lagi.

Kesiannya Lee So-jung..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...