Ikuti Kami:

“Dia Kurus Sangat..” – Han Sukkyu Luah Kerisauan Pada Kesihatan Lee Sungkyung

“Dia Kurus Sangat..” – Han Sukkyu Luah Kerisauan Pada Kesihatan Lee Sungkyung

Mesti ramai yang dah teruja nak tonton “Dr. Romantic 3” kan?

Baru-baru ini, sidang media untuk drama “Dr. Romantic 3” telah diadakan dan dihadiri pelakon seperti Han Suk-kyu, Ahn Hyo-seop, Lee Sung-kyung, Kim Min-jae dan ramai lagi.

Khususnya ketika sesi temu bual, pelakon senior Han Suk-kyu ditanya tanggapannya pada Ahn Hyo-seop dan Lee Sung-kyung. Bermula dengan Ahn Hyo-seop, Han Sun-kyu menyatakan,

Saya rasa saya kini tahu serba sedikit tentang sejarah mereka. Saya sedih mendengar bahawa Hyo-seop mempunyai zaman kanak-kanak yang sukar. Sebak hati saya apabila mendengarnya.

Kemudian mengenai Lee Sung-kyung, pelakon veteran itu berkata,

Sung-kyung seorang yang sangat hebat. Dia sangat kurus. Saya mahu dia menjadi lebih sihat.

han sukkyu lee sungkyung

Selain itu, Han Suk-kyu turut mengatakan hasratnya untuk bekerjasama sekali lagi dengan Lee Sung-kyung pada masa hadapan.

Kurus takpe, yang penting Lee Sung-kyung sentiasa sihat kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...