Ramai rasanya meluahkan rasa lega apabila melihat Kim Seon-ho kembali aktif dalam dunai seni kini.
Untuk pengetahuan, Kim Seon-ho mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia seni selama 7 bulan selepas terpalit kontroversi melibatkan bekas teman wanita yang menuduh lelaki itu meninggalkannya selepas meminta dia menggugurkan anak mereka. Walau bagaimanapun, sentimen umum berubah baik apabila mengetahui perangai sebenar wanita tersebut.
Hanya mampu melihat gambar sahaja sebelum ini, rata-rata peminat meluahkan rasa gembira apabila pelakon lelaki itu muncul dalam sebalik tabir pembikinan poster untuk teater “Touching The Void”.
Apabila terlihat sahaja senyuman manis Kim Seon-ho selain kelakuannya yang lebih relaks berbanding sebelum ini, kesemua peminat menyatakan bahawa mereka lega dengan perubahannya.
Malah tak kurang juga yang berharap agar Kim Seon-ho terus maju ke hadapan dan melupakan segala yang terjadi sebelum ini.
Semoga kuat Kim Seon-ho!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.