Sesiapa sahaja yang berlakon dengan Song Ji-hyo, pastinya akan mempunyai pengalaman yang baik dan menyeronokkan.
Terbaru, Lee Gi-kwang telah tampil sebagai DJ di radio Cool FM, di mana dia ada berkongsi beberapa kisah sebalik tabir ketika menjalani penggambaran drama “Lovely Horribly” bersama Song Ji-hyo.
Untuk pengetahuan, “Lovely Horribly” menceritakan tentang kebahagiaan seseorang yang sentiasa mengakibatkan nasib malang orang lain. Dalam drama ini, Lee Sung-joong (Lee Gi-kwang) adalah seorang pengarah produksi baru yang boleh melihat hantu dan mempunyai rasa cinta pada Oh Eul-soon (Song Ji-hyo).
Dalam siaran radio tersebut, Lee Gi-kwang menceritakan tentang babak di mana wataknya meluahkan rasa cinta kepada Oh Eul-soon. Jelasnya,
Penggambaran adalah dari akhir musim panas hingga awal musim luruh jadi ia agak sejuk pada awal malam musim luruh.
성중이 고백 장면 비하인드💚
– 촬영이 늦여름에서 초가을이라 이 장면 찍을 때는 조금 추웠던 초가을 저녁쯤이었는데 대사를 치는 톤이나 대사나 송지효 님이 잘 받아주셔서 감정 몰입해 예쁘게 찍었었다고! pic.twitter.com/xdskwn1pYt— 초박 (@Hloveeeee_uu) April 12, 2023
Tambahnya lagi sambil memuji Song Ji-hyo,
Tetapi Song Ji-hyo melontarkan skripnya dengan baik dan dia juga sangat cantik. Jadi saya dapat menyelami emosi dan melakukan penggambaran dengan baik.
Rasa macam nak kena tonton balik ni drama “Lovely Horribly”!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉