Ikuti Kami:

“Dia Boleh Berdikari” – Ryu Junyeol Menangis Lepas Dipuji Pelakon Senior Yoo Haejin

“Dia Boleh Berdikari” – Ryu Junyeol Menangis Lepas Dipuji Pelakon Senior Yoo Haejin

Ryu Jun-yeol menangis sebab Yoo Hae-jin?

Pada satu sidang media bagi filem “The Night Owl”, yang diadakan di CGV Yongsan I’Park Mall di Yongsan-gu, Seoul. Sidang media tersebut turut dihadiri oleh Ryu Jun-yeol, Yoo Hae-jin dan pengarah Ahn Tae-jin.

Filem “The Night Owl” merupakan filem bergenre triller dan mengisahkan mengenai seorang ahli akupuntur buta yang hanya boleh melihat pada waktu malam dan berjuang untuk mendedahkan kebenaran selepas menyaksikan kematian Putera Mahkota. ryu junyeolPelakon Ryu Jun-yeol bakal memainkan watak sebagai ahli akupuntur buta, Kyung Soo dan Yoo Hae-jin pula akan membawa watak sebagai Raja Injo.

Yoo Hae-jin berkata, ini adalah kali ketiga dia dapat berkerjasama dengan Ryu Jun-yeol.

Ini adalah kali ketiga saya berkerja dengan Jun-yeol. Saya rasa Jun-yeol membuat kerjanya dengan baik. Sekarang rasanya, kesungguhannya semakin meningkat. Apabila orang bertanya kepada dia sendiri, bagaimana perkembangannya dalam industri, dia sendiri tidak boleh mengulasnya. Tapi, apabila saya sendiri melihat perkembangannya sendiri, saya rasa dia semakin berdikari dan boleh dipercayai. 

Ryu Jun-yeol dilihat mengesat air matanya selepas Yoo Hae-jin berkata sebegitu. Dia tampaknya sangat tersentuh dengan kata-kata daripada pelakon senior itu.

Filem “The Night Owl” dijangka akan dilancarkan pada 23 November ini.

Nantikan okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...