Utama Rancangan Hiburan “Dia Berkira & Sombong..” – Gong Yoo Dedah Perangai Sebenar Lee Dongwook?

“Dia Berkira & Sombong..” – Gong Yoo Dedah Perangai Sebenar Lee Dongwook?

lee dongwook gong yoo

Tak kawan baiklah, kalau tak saling mengata satu sama lain kan?

Dalam episod istimewa ‘The Chuseok Holiday Is An Excuse’ di saluran YouTube ‘Pinggyego’, Gong Yoo telah hadir sebagai tetamu buat julung kalinya dan bercerita lebih mengenai kehidupannya termasuklah hubungan bersama rakan baik, Lee Dong-wook.

Ulasnya mengenai sikap rakan baiknya itu yang sering menunjuk,

Dong-wook selalu berlagak apabila membeli sesuatu dan berkata ‘Saya yang bayar’.

lee dongwook gong yoo

Tambahnya lagi,

Apabila kami memancing dan ada pengurus muda ikut sekali, dia tak pernah berlagak apabila membelikan mereka sesuatu, macam ia adalah perkara normal. Tapi dia selalu menunjuk pada saya.

Pun begitu, Gong Yoo memuji Lee Dong-wook dan berkata bahawa dia seperti seorang abang besar buatnya kerana sikap yang sering menjaga semua orang tak kisahlah yang lebih tua mahupun yang lebih muda.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...