Ikuti Kami:

“Dia Banyak Bantu Saya..” – Ma Dongseok Kongsi Kehidupan Bahagia Bersama Isteri Kini

“Dia Banyak Bantu Saya..” – Ma Dongseok Kongsi Kehidupan Bahagia Bersama Isteri Kini

Selepas berkahwin, Ma Dong-seok pastinya menerima banyak sokongan dari isterinya.

Baru-baru ini, Ma Dong-seok telah terlibat dengan satu temu bual khas, menjelang tayangan perdana filemnya “The Roundup: No Way Out” pada 31 Mei nanti.

Untuk pengetahuan, pada 10 bulan lalu, Ma Dong-seok telah memberikan pengumuman mengejut mengenai perkahwinannya bersama Ye Jung-hwa dan mendapat sokongan  ramai. Ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu berkongsi tentang kehidupannya bersama isteri kini dengan berkata,

Dia banyak membantu saya di sisi. Saya sedang hidup dengan baik sekarang selepas berkahwin.

Kemudian, Ma Dong-seok juga turut berkongsi bahawa sekuel kelima dan keenam filem “The Roundup” sedang dalam proses pengeluran. Jelasnya,

Kami sudah pun selesai penggambaran sekuel keempat ‘The Roundup: Punishment’. Ia kini dalam fasa penyuntingan. Kami sedang mengusahakan skrip untuk sekuel kelima dan keenam, tetapi jadual penggambaran belum diputuskan.

ma dongseok the roundup

Tambahnya,

Saya mempunyai beberapa projek Hollywood untuk dirakam terlebih dahulu. Jadi, saya cuba untuk menyusun jadual sekitar komitmen luar negara saya.

Sibuk betul Ma Dong-seok sekarang!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...