Ikuti Kami:

“Di Belakang Tabir..” – Semua Pelakon Lelaki Beri Komen ‘Ini’ Tentang Kelakuan Song Hyekyo

“Di Belakang Tabir..” – Semua Pelakon Lelaki Beri Komen ‘Ini’ Tentang Kelakuan Song Hyekyo

Sudah berlakon pelbagai naskhah sepanjang aktif sebagai pelakon, rakan sekerja Song Hye-kyo hanya mempunyai kata-kata pujian buatnya.

Di laman komuniti Korea, satu entri bertajuk “Pujian konsisten buat Song Hye-kyo mengenai kelakuan sebenarnya dalam realiti” telah dimuat naik.

Menerusi posting itu, individu berkenaan telah menyelit kesemua kata-kata pujian dari pelakon lelaki yang pernah bekerja dengannya.

Kata Kang Dong-won yang bekerjasama dalam filem “My Brilliant Life” pada 2014,

Dia merupakan kapten bagi wanita yang mudah bergaul. Dia merupakan pencipta suasana dan pandai mengetuai situasi. Secara ringkas, dia seperti seorang kapten.

song hyekyo kang dongwon

Ahn Bo-hyun yang sama-sama membintangi “Descendants Of The Sun” turut memuji personaliti peramah Song Hye-kyo,

Saya mempunyai ‘crush’ pada Hye-kyo noona selama 6 bulan, Kesemua pelakon yang berlakon sebagai tentera lelaki jatuh cinta dengan persona Song Hye-kyo. Saya ingat dia akan berhias kerana dia merupakan pelakon popular, tapi dia hadir tanpa solekan dan rambut sanggul. Saya terfikir ada ke yang mudah bergaul.

Terbaru, Jung Sung-il yang berlakon bersama dalam “The Glory” turut memuji,

Selepas menonton episod pertama ‘The Glory’, saya menghantar mesej padanya, ‘Gila lah awak, Hye-kyo’. Dia sangat mudah bergaul dalam kehidupan sebenar.

jung sungil wife

Komen netizen,

Personalitinya sangat baik.

 

Cool nya dia.

 

Persona yang peramah dan cool.

 

Saya tahu dia orang yang baik.

 

Dia sangat cantik.

 

Saya nak sangat dia rakam vlog.

Memang baik lah Song Hye-kyo!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...