Utama Drama Korea Di Antara Drama Siri Mini Sedang Bersiaran, ‘Backstreet Rookie’ Di Tempat Pertama...

Di Antara Drama Siri Mini Sedang Bersiaran, ‘Backstreet Rookie’ Di Tempat Pertama Bagi Rating & Jumlah Penonton

backstreet rookie jumlah penonton tertinggi

Meskipun diselubungi dengan pelbagai kontroversi, nampaknya “Backstreet Rookie” masih mampu menarik jumlah penonton yang ramai lantas meningkatkan kepopularitiannya dalam kalangan peminat K-Drama.

Bahkan drama lakonan Ji Chang-wook dan Kim Yoo-jung itu berjaya membuatkan penonton daripada pelbagai latar belakang untuk terhibur dan ketawa sepanjang tayangannya. Sehinggakan naskhah ini berada di tempat pertama dalam kalangan drama siri mini lain yang sedang ditayangkan sama ada di saluran awam atau pun berbayar.

backstreet rookie jumlah penonton tertinggi

Berdasarkan data yang diambil daripada 29 Jun sehingga 5 Julai, jumlah penonton yang berjaya dicatatkan oleh drama itu pada episod 5 dan 6 ialah 821,942 orang secara tak langsung membuktikan kepopularitian “Backstreet Rookie”.

Catatan jumlah penonton untuk drama siri mini yang lain (29 Jun – 5 Julai):

MBC – “Old-School Intern” – 675,112 penonton

tvN – “It’s Okay To Not Be Okay” – 673,060 penonton

tvN – “My Unfamiliar Family” – 476,915 penonton

MBC – “Dinner Mate” – 462,884 penonton

KBS – “Into The Ring” – 308,304 penonton

JTBC – “Sweet Munchies” – 50,400 penonton

Bahkan jumlah tontonan yang digabungkan daripada SMR, YouTube dan media sosial bagi sedutan klip melibatkan “Backstreet Rookie” turut merekodkan lebih 20 juta tontonan. Satu nombor yang hebat!

Kebanyakan peminat setia naskhah ini memuji drama ini kerana menyertakan banyak parodi daripada drama dan filem popular lain. Bahkan suasana kedai serbaneka yang penuh dengan pelbagai kehidupan dan emosi membuatkan lokasi yang nampak ringkas itu lebih ‘hidup’ dan berwarna.

backstreet rookie jumlah penonton tertinggi

Melihatkan hubungan tarik tali di antara watak utama iaitu Ji Chang-wook dan Kim Yoo-jung turut membuatkan penonton melekat di hadapan televisyen kerana terpegun dengan keserasian mereka. Bahkan ramai yang tak sabar ingin melihat perkembangan daripada hubungan bos dan pekerja kepada sesuatu yang lebih romantik.

Nampaknya “Backstreet Rookie” tetap mampu mengekalkan momentumnya meskipun terpalit dengan pelbagai kontroversi yang tidak menyenangkan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Donga
Loading...