Ikuti Kami:

Derma Vest Penyejuk Bernilai RM348K Bantu Harungi COVID-19, Pemberian Bermakna IU Dihargai Jururawat

Derma Vest Penyejuk Bernilai RM348K Bantu Harungi COVID-19, Pemberian Bermakna IU Dihargai Jururawat

Siapa sangka Korea yang menunjukkan angka 0 bagi kes COVID-19 beberapa bulan lalu kini terpaksa menghadapi hampir 200 ke 200 pesakit baru dalam sehari kini. Bukan sahaja perlu merawat para pesakit ini namun mereka juga terpaksa bekerja keras dalam suhu yang agak tinggi tambahan pula perlu menyarungkan PPE pada saban hari.

Disebabkan oleh itu, penyanyi dan pelakon IU telah mengambil peluang ini untuk mendermakan vest penyejuk kepada jururawat yang menggunakan seluruh tenaga mereka bagi melawan virus berbahaya ini di barisan paling hadapan sekali.

iu derma vest penyejuk

Perkara ini didedahkan oleh Persatuan Jururawat Korea (KNA) di mana difahamkan bahawa IU mendermakan 4,600 vest penyejuk berjumlah 100 milion won (RM348k~) kepada organisasi tersebut menerusi Community Chest Of Korea pada bulan lalu. Kini, pakaian itu sudah pun dihantar kepada jururawat yang memerlukannya.

Malah rata-rata jururawat ini telah memuat naik gambar hadiah istimewa IU itu di laman media sosial mereka.

Terima kasih IU.

Sebabkan awak, kami kini boleh bekerja dengan sejuknya dalam terik matahari.

Awak memberikan sesuatu yang diperlukan oleh kami.

iu derma vest penyejuk

Bukan itu sahaja, presiden Moon Jae-in turut berterima kasih kepada tindakan baik IU itu.

Saya dengar penyanyi IU telah mendermakan vest penyejuk kepada para jururawat. Saya mahu mereka yang merawat pesakit kini tahu bahawa semua rakyat berada di sisi mereka.

Baiknya IU! Semoga jururawat ini semua dapat menjalankan tugas dengan lebih selesa dengan bantuan ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...