Dengan Lebih 4 Juta Undian, Son Yejin Dinobat ‘Most Beautiful Woman Of 2020’!

most beautiful woman 2020

Kalau anda anda dah lama mengikuti arena hiburan Korea dan juga seluruh dunia, pasti anda pernah dengar mengenai undian “Most Beautiful Woman” yang berlangsung hampir saban tahun.

Tahun 2020 juga tidak ketinggalan apabila undian untuk ranking ini telah berjalan sejak 5 April sehingga 22 Mei baru-baru ini. Setelah mengambil kira undian yang dilakukan oleh peminat menerusi 6 platform seperti Facebook, Twitter, Instagram dan undian atas talian lain, pelakon Son Ye-jin telah berjaya menduduki tangga teratas undian tersebut.

Seperti yang semua tahu, pelakon wanita ini sememangnya sudah popular tetapi popularitinya itu mencanak naik selepas membintangi drama terkenal “Crash landing On You” pada awal tahun ini.

son yejin most beautiful woman 2020

Walaupun undiannya hanya menduduki tempat kedua di Twitter dan Instagram, tetapi wanita rupawan ini berada di tempat pertama dalam undian yang dilakukan di Facebook. Hasil daripada jumlah undian tersebut, Son Ye-jin berjaya meraih tempat pertama secara keseluruhannya dengan 4,354,037 undian.

Lisa Blackpink yang merupakan saingan hebat dan turut menjuarai beberapa platform walaubagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan ranking di tempat kedua sahaja dengan 3,852,340 undian.

lisa blackpink most beautiful woman 2020

Bukan sahaja Lisa malah ahli Blackpink yang lain turut tersenarai dalam tangga 10 teratas ranking ini. Jisoo mendapat tempat ke-5, Rosé di tangga ke-6 manakala Jennie pula duduk di tempat ke-8.

blackpink most beautiful woman 2020

Selebriti Korea lain yang tersenarai ialah Tzuyu daripada kumpulan TWICE yang berada di tangga ke-3 dan Song Hye-kyo pula menerima undian yang melayakkannya menduduki tangga ke-7.

song hyekyo most beautiful woman 2020

Tahniah kepada yang terpilih!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

1 komen

Leave a Reply