Ikuti Kami:

Demi Sulli, Petisyen Supaya Pengguna Internet Dedah Nama Sebenar Untuk Tinggalkan Komen

Demi Sulli, Petisyen Supaya Pengguna Internet Dedah Nama Sebenar Untuk Tinggalkan Komen

Pasti ramai yang masih lagi terkejut dengan berita kematian seorang bekas ahli kumpulan f(x) dan juga seorang pelakon iaitu Sulli. Siapa sangka gadis berusia 25 tahun itu nekad mengambil nyawanya sendiri di kediamannya?

Ramai yang menebak punca utama Sulli membunuh diri adalah kerana tidak tahan menerima kutukan daripada netizen hampir saban hari. Apa sahaja yang dilakukannya, pasti ada sahaja tak kena di mata mereka.

Selepas insiden ini mengejutkan ramai orang, para penduduk Korea telah bersepakat dan membuka satu petisyen bagi menebus kesedihan yang dialami oleh mendiang Sulli semasa hayatnya.

petisyen penggua internet guna nama sebenar

“Kami minta hukuman berat dikenakan kepada semua yang meninggalkan komen buruk sehingga menyebabkan kematian Sulli f(x). Ramai lagi orang seperti Jonghyun (Shinee) yang telah terseksa kerana komen sedemikan sehingga menyebabkan mereka membuat keputusan terburu-buru. Kalau undang-undang tidak diubah, banyak lagi insiden seperti ini yang akan terjadi. Tolong gubal semula undang-undang sedia ada supaya sesiapa yang meninggalkan komen buruk akan menerima hukuman yang berat.”

petisyen pengguna internet guna nama sebenar

Satu lagi petisyen telah dikeluarkan meminta agar undang-undang diubah supaya nama sebenar setiap pengguna internet akan didedahkan. Keterangan petisyen itu ialah supaya nama sebenar pengguna internet didedahkan bagi melindungi hak orang lain dengan mudah.

Kalau guna nama sebenar, mungkin lebih ramai yang takut atau berfikir dua kali sebelum meninggalkan komen penuh kebencian terhadap orang lain.

Sumber: Koreaboo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...