Nampaknya peminat “Hospital Playlist 2” terpaksa bertenang menanti episod akan datang.
Menurut sumber daripada drama tersebut,
‘Hospital Playlist 2’ akan berehat pada 29 Julai. Selepas menayangkan episod ke-6 pada 22 Julai, kami akan menayangkan episod istimewa pada 29 Julai dan episod ke-7 bakal disiarkan seminggu selepas itu. Kami akan menghasilkan episod istimewa yang merangkumi kisah di belakang tabir, cerita mengenai kugiran, video daripada pelakon dan banyak lagi.
Kata sumber media pula, pasukan produksi membuat keputusan untuk menunda tayangan selama seminggu dek penggambaran yang tertangguh kerana situasi COVID-19 dan bagi mengekalkan kualiti skrip. Walaubagaimanapun, sumber daripada “Hospital Playlist 2” menyatakan,
Ia bukanlah keputusan yang terpaksa dibuat disebabkan oleh penggambaran yang tertangguh.
Sekadar pengetahuan, “Hospital Playlist 2” membawa kisah lima doktor yang sudah berkawan sejak sekolah perubatan dan kini bekerja di hospital yang sama sebagai profesor.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.