Park Sung-hoon telah ditemu bual mengenai lakonannya dalam “Queen Of Tears”.
Dalam temu bualnya bersama pihak media, Park Sung-hoon telah meluahkan perasaannya terhadap pengakhiran “Queen Of Tears”.
Katanya,
Detik terakhir Yoon Eun-sung sangat memuaskan. Demi kebahagiaan Hong Hae-in dan Baek Hyun-woo, kematian Eun-sung ialah pengakhiran yang diperlukan.
Tambahnya,
Sejujurnya, saya banyak belajar macam mana nak luahkan perasaan cinta yang gila seperti perasaan cinta Eun-sung terhadap Hae-in.
Saya tak tahu sama ada perasaan itu sampai atau tidak pada penonton, tapi saya harap yang mereka ada rasa sedikit kasihan pada Yoon Eun-sung.
Sambungnya lagi,
Saya tak pernah lakonkan watak seperti ini dan disebabkan saya jarang marah, saya kumpulkan semua kemarahan saya dan luahkannya dalam drama ini. Saya harap penonton akan menyukainya.
Lakonan Park Sung-hoon dalam “Queen Of Tears” memang menjadi sangat-sangat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.