Ikuti Kami:

Dek Terlampau Letih Di Set ‘Crash Landing On You’, Son Yejin Telah Dibawa Ke Wad Kecemasan!

Dek Terlampau Letih Di Set ‘Crash Landing On You’, Son Yejin Telah Dibawa Ke Wad Kecemasan!

Drama “Crash Landing On You” ternyata sudah mendapat tempat di hati ramai peminat K-Drama kerana ratingnya kian mencanak naik pada saban episod. Membawa kisah hubungan terlarang di antara tentera Korea Utara dan anak orang kaya Korea Selatan membuatkan ramai yang tak sabar menanti kesudahan kepada nasib pasangan itu. Lakonan mantap yang ditunjukkan oleh Son Yejin dan Hyunbin juga membuatkan para penonton bertambah kasihan dan mengharapkan kesudahan yang baik kepada watak Seri dan juga Junghyuk.

crash landing on you

Walaubagaimanapun, dalam memberikan hasil yang terbaik kepada penonton “Crash Landing On You”, pelakon Son Yejin dikhabarkan telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana bekerja terlalu kuat. Agensi naungannya iaitu MSteam Entertainment turut mengeluarkan kenyataan rasmi bagi membendung kerisauan para peminat pelakon itu.

Son Yejin telah mendapatkan rawatan di bilik kecemasan kerana keletihan yang disebabkan oleh penggambaran dramanya. Dia sudah mendapatkan rawatan yang sepatutnya dan telah pun kembali ke set penggambaran. Ia bukanlah penyakit yang serius, dia hanya berasa lesu kerana penggambaran.

Salah satu kakitangan daripada drama “Crash Landing On You” turut menjelaskan mengenai situasi tersebut.

Son Yejin telah singgah ke hospital sebentar ketika cuti kerana dia berasa tidak sihat. Dia kini sudah kembali ke set penggambaran.

Kesian Son Yejin! Mungkin disebabkan wanita itu perlu memainkan pelbagai emosi untuk wataknya sebagai Seri membuatkan dia berasa letih. Bayangakan nak kena menangis beria, selepas itu kena pula berlari untuk sorokkan diri daripada penjahat. Memang penatlah!

crash landing on you

Apa pun, diharapkan agar pelakon itu sudah sembuh sepenuhnya sebelum kembali ke set penggambaran “Crash Landing On You”.

Sumber: Soompi

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...