Utama Celebrity News Dek ‘Disabotaj’ Agensi, Song Jihyo Hilang Pelbagai Tawaran Pengiklanan & Drama Netflix

Dek ‘Disabotaj’ Agensi, Song Jihyo Hilang Pelbagai Tawaran Pengiklanan & Drama Netflix

song jihyo park joonam

Beberapa bulan sudah berlalu, konflik antara Song Ji-hyo dan bekas agensinya iaitu Uzurocks berterusan.

Wakil pelakon wanita itu memberikan kenyataan baru mengenai tindakan undang-undang buat CEO agensi tersebut baru-baru ini. Khabarnya Park Joo-nam telah menerima 900 juta won (RM3.1 juta) dari bayaran awal pengiklanan namun mengeluarkan wang tersebut secara sendiri dan menggunakannya.

Jelas wakil itu,

Memang benar Song Ji-hyo, menerusi wakil undang-undang, menfailkan aduan rasmi buat bekas CEO Park Joo-nam kerana melanggar Akta Hukuman Sulit, Jenayah Ekonomi Spesifik (penggelapan wang) di Balai Polis Gangnam Seoul.

song jihyo

Tambahnya lagi,

Disebabkan situasi itu hanya boleh dilihat sebagai bekas CEO tidak menjalankan syarikatnya secara normal dan kerana terdapat penagguhan bayaran gaji pekerja, kami mengambil tindakan untuk mempercepatkan siasatan untuk mengelakkan mangsa lain terkena.

Bukan itu sahaja, dalam laporan lain,

Menurut kontrak eksklusif bagi artis berkenaan, bekas CEO itu tidak memenuhi syarat perjanjian untuk satu siri Netflix dan beberapa iklan lain yang dijanjikan sepanjang kontrak itu.

Seperti yang dilaporkan dahulu, Song Ji-hyo mengambil tindakan undang-undang beberapa bulan lalu apabila dia tidak menerima bayaran sepatutnya selain gaji staf lain turut tidak dibayar.

Bertabah lah Song Ji-hyo..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERTV Report
Loading...