Utama Drama Korea Dek Perbezaan Pendapat Dengan Pengarah, Penulis Skrip Asal ‘Taxi Driver’ Undur Diri...

Dek Perbezaan Pendapat Dengan Pengarah, Penulis Skrip Asal ‘Taxi Driver’ Undur Diri & Diganti Baru

sbs taxi driver

Tiada angin tiada ribut, drama “Taxi Driver” dikhabarkan telah menukar penulis asalnya meskipun kian menghampiri penghujung cerita.

Sumber drama itu menjelaskan,

Disebabkan perbezaan pendapat di antara penulis dan pengarah mengenai arah projek, penulis skrip Oh Sang-ho bersetuju untuk mengundurkan diri dan disahkan bahawa penulis skrip baru iaitu Lee Ji-hyun akan menggarap episod selebihnya.

sbs taxi driver

Khabarnya penulis baru itu sudah pun mula menggarap sejak episod 11 yang ditayangkan pada 14 Mei lalu.

Perkara sebegini bukanlah suatu perkara yang aneh memandangkan drama lain seperti “The Uncanny Counter” turut mengalami masalah yang sama semasa tayangannya.

Harapnya semua okay sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Chosun
Loading...