Ikuti Kami:

Dek Penggambaran Tertangguh, Drama Ji Changwook ‘Lovestruck In The City’ Tunda Tayangan Perdana

Dek Penggambaran Tertangguh, Drama Ji Changwook ‘Lovestruck In The City’ Tunda Tayangan Perdana

Dalam kegembiraan menantikan drama baru Ji Chang-wook dan Kim Ji-won, khabarnya tayangan perdananya telah pun ditangguhkan.

Drama “Lovestruck In The City” menceritakan kisah cinta di dalam bandar urban yang kompleks. Ji Chang-wook akan membawa watak Park Jae-won iaitu seorang arkitek yang ghairah dan jujur. Dia suka berjalan di lorong kecil dalam bandar dan mengumpul pelbagai benda. Lelaki itu juga tidak pernah melupakan wanita yang mencuri hatinya dan kemudiannya menghilangkan diri.

city couple's way of love

Jelas pihak produksi drama tersebut,

Drama ini akan ditayangkan bermula 22 Disember pada jam 5 petang. Walaupun kami sudah memulakan penggambaran semula selepas kesemua kru dan pelakon disahkan negatif COVID-19, kami membuat keputusan untuk menyusun semula jadual bagi memastikan keselamatan di set dan juga kualiti produksi. Kami meminta agar penonton memahami isi ini dan kami akan sentiasa meletakkan keselamatan staf dan pelakon di tempat yang paling selain mengikut peraturan kerajaan dalam membendung jangkitan.

Kalau anda nak tahu, pada 24 November lepas, seorang pelakon ekstra drama itu telah disahkan positif COVID-19. lantaran itu, penggambaran terpaksa ditunda seketika dek semua di tempat kejadian yang perlu menjalani pemeriksaan COVID-19.

Tak kisahlah, janji semuanya selamat kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...