Ikuti Kami:

Dedah Sudah ‘Ikat’, Haha & Byul Tidak Mahu Anak Lagi

Dedah Sudah ‘Ikat’, Haha & Byul Tidak Mahu Anak Lagi

Siapa sahaja yang tidak bahagia apabila melihat hubungan yang akrab di antara ahli keluarga pasangan Haha dan Byul. Ditemani dengan dua anak lelaki dan juga seorang anak perempuan, hidup mereka langsung tak bosan malah riuh!

Menerusi rancangan “My Ugly Duckling” yang ditayangkan baru-baru ini, Haha menceritakan kisahnya sebagai seorang bapa kepada 3 orang cahaya mata. Malahan ada daripada ahli panel tersebut yang bertanya sama ada anak bongsunya yang paling comel.

Anak-anak lelaki saya pun comel tetapi anak perempuan saya adalah daripada dunia yang lain daripada Dream (anak pertama).

keluarga haha dan byul

Apabila ada ahli panel yang menyatakan bahawa lelaki itu mungkin tidak perlukan duit kini kerana sudah pun memiliki segalanya dengan dua anak lelaki dan juga seorang anak perempuan, tapi lain jawapan yang diberikan oleh Haha.

Saya paling perlukan duit sekarang ini. Dah ada 3 anak sekarang, kami dah berhenti.

Daripada pernyataan tersirat itu, secara tak langsung lelaki itu mendedahkan bahawa dia telah menjalani vasektomi.

Saya dah hentikan semuanya dengan ‘mengikatnya’.

haha dan byul

Kisah Haha dan Byul nyata romantik apabila lelaki itu mendedahkan bahawa dia melamar isterinya itu sebelum mereka benar-benar bercinta.

Pada ketika itu, saya tak gembira dengan kehidupan saya. Jadi saya merasakan yang perkahwinan akan membuatkan saya bahagia. Pada suatu hari, saya termimpikan isteri saya. Saya tahu bahawa ia adalah satu petanda daripada atas lantas saya terus menghubunginya.

Nampaknya jodoh tak salah alamat kerana Haha dan Byul kini bahagia dengan keluarga besar mereka!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...