Ikuti Kami:

Dedah Sebab Tunda Tayangan Seminggu, Penulis Katanya Sukar Tentukan Kesudahan ‘Vincenzo’

Dedah Sebab Tunda Tayangan Seminggu, Penulis Katanya Sukar Tentukan Kesudahan ‘Vincenzo’

Ramai yang rasanya kecewa apabila “Vincenzo” membuat keputusan untuk berehat daripada tayangan seminggu pada hujung minggu lepas.

Dengan alasan untuk memperbaiki kualiti drama tersebut, pihak produksi akhirnya mendedahkan rahsia sebenar mereka terpaksa menagguhkan tayangan episod 17 dan 18 baru-baru ini.

Menurut laporan, “Vincenzo” akan menyelesaikan kesemua penggambaran pada 23 April ini. Malah selepas menerima skrip episod ke-20 pada 17 April lalu, kesemua staf dan pelakon diberikan arahan supaya ‘menutup mulut’ agar kesudahan drama ini tak akan bocor kepada umum. Fuhh!

tvn vincenzo

Kalau nak diikutkan, sepatutnya drama komedi gelap ini sepatutnya manamatkan penggambaran pada minggu lalu. Namun ianya tertunda disebabkan oleh proses penulisan skrip episod akhir yang menemui ‘jalan mati’. Khabarnya, penulis dan pengarah mengalami kesukaran untuk menulis ‘kesudahan’ untuk drama popular ini.

Patutlah mereka terpaksa berehat seketika bagi memberi laluan untuk penulisan skrip ending yang lebih baik. Harapnya ia akan memberikan kepuasan buat penonton.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...