Ikuti Kami:

Dedah Pelan Diet, Peminat Terkejut Lee Junki Sudah 4 Tahun Berhenti Ambil Gandum

Dedah Pelan Diet, Peminat Terkejut Lee Junki Sudah 4 Tahun Berhenti Ambil Gandum

Semua orang pasti tertanya-tanya macam mana Lee Jun-ki boleh menjaga badannya sebaik mungkin dan nampak ‘tough’ sentiasa. Sekian lama tertanya-tanya, akhirnya lelaki itu menjawab persoalan ramai.

Semasa bersembang dengan peminat menerusi siaran langsung Instagram, terdapat soalan yang mengajaknya makan ramen. Namun Lee Jun-ki menolak dan menjawab,

Sudah lama saya berhenti mengambil mi segera.

Bahkan lelaki itu menjelaskan bahawa sekiranya dia teringin mahu menjamah ramen pedas, dia akan makan mi konjac untuk menggantikannya.

pelan diet lee junki

Lebih mengejutkan apabila Lee Jun-ki berterusan menjelaskan bahawa dia sudah mengawal pemakanannya selama 4 tahun malah turut berhenti mengambil gandum selama itu.

Saya juga tak makan nasi sangat. Saya mendapat sumber karbohidrat daripada makanan kesihatan.

Jelasnya lagi, walaupun dia turut mengelak mengambil makanan tidak sihat, berat badannya tetap naik. Malah dia nekad untuk menjaga pengambilan makanannya pada masa hadapan juga.

Nak badan sihat dan cantik ini, memang kena korbankan banyak perkara. Tak kisahlah, janji Lee Jun-ki bahagia!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...