Ikuti Kami:

Dedah Hidup Susah & Mahu Kehidupan Lebih Baik Buat Adik OKU, Netizen Bangga Lihat Kejayaan Lee Dohyun Kini

Dedah Hidup Susah & Mahu Kehidupan Lebih Baik Buat Adik OKU, Netizen Bangga Lihat Kejayaan Lee Dohyun Kini

Rasa bangga betul melihat kejayaan yang dikecapi Lee Do-hyun selepas hanya membawa watak sampingan dalam beberapa drama sebelum ini.

Rata-rata penonton meluahkan rasa sebak dengan kejayaan ini kerana lelaki ini pernah berkongsi mengena kehidupannya yang susah akibat keluarga yang sekian lama hidup dalam kesempitan.

Malah pelakon berusia 25 tahun ini mahu menjadi satu-satunya orang yang menjadi sumber rezeki buat keluarganya.

Kedua ibu bapa saya sudah sekian lama bekerja. Adik saya merupakan seorang yang kurang upaya. Namun nasib baik, hal kebajikan di Korea adalah sangat baik dan dia kini bekerja di pasar raya. Namun, masih ada yang memandang rendah terhadapnya kerana kekurangannya itu.

Ibu saya pula sudah lama bekerja sebagai penghantar surat khabar. Saya pernah bertanya kenapa dia tidak berhenti sahaja dan berapa hutang yang perlu dilangsaikannya, saya berjanji akan membayar kesemuanya. Saya sangat berharap agar ibu, ayah dan Dong-hyuk boleh berhenti kerja. Dengan itu, saya akan dapat memasuki latihan ketenteraan nanti dengan tenang.

lee dohyun

Jelas Lee Do-hyun, adiknya mempunyai masalah tumbesaran mental dan susah bergaul secara sosial.

Dia sedikit kekurangan daripada sudut sosial. Dia sedikit tembam jadi ramai yang memandang rendah terhadapnya. Kadang-kadang, saya perlu berjumpa dengan mereka dan memberitahu bahawa saya abangnya.

Namun Lee Do-hyun meluahkan rasa terima kasih terhadap Dong-hyuk kerana disebabkan adiknya itu, dia mempunyai keberanian untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan.

Tanpa dia, saya tak akan jadi seperti kini.

lee dohyun

Apabila ditanya sama ada dia ada menonton filem melibatkan watak yang kurang upaya, Lee Do-hyun menyatakan tidak.

Saya tak boleh menontonnya. Beberapa ketika lalu, saya menonton filem mengenai orang kurang upaya dan saya menangis teresak-esak kerana sedih sangat. Saya tak suka menangis.

Dengan pujian yang diberikan kepadanya dek lakonan hebat menerusi drama “18 Again” selain khabar angin yang lelaki itu sudah menerima tawaran berlakon untuk drama baru, sudah pasti hanya mentari yang cerah akan menerangi hidupnya kini.

Semoga hasratnya untuk membantu keluarga tercapai!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...