Ikuti Kami:

Daripada Pelakon Cilik, Kim Sohyun & Kim Yoojung Dinamakan Sebagai Pelapis Baru Pelakon Wanita K-Drama

Daripada Pelakon Cilik, Kim Sohyun & Kim Yoojung Dinamakan Sebagai Pelapis Baru Pelakon Wanita K-Drama

Tidak dinafikan bahawa dunia lakonan Korea dipenuhi dengan ramai pelakon wanita yang berbakat besar. Bukan sahaja memiliki rupa paras yang menarik tetapi turut dilengkapi dengan mutu lakonan yang tak dapat disangkal langsung. Antara daripada mereka ialah Gong Hyo-jin, Son Ye-jin, Han Hyo-joo, Kim Hee-sun, Choi Ji-woo, Kim Sun-ah dan ramai lagi.

Disebabkan kebanyakan daripada mereka sudah pun menghampiri atau pun memasuki usia 40-an, sudah pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah pelakon baru yang bakal menjadi pelapis nama hebat ini pada suatu hari nanti. Dalam ramai pelakon muda yang aktif kini, terdapat dua nama yang sering menjadi sebutan peminat K-Drama.

kim yoojung dan kim soohyun

Mula aktif dalam bidang lakonan sejak daripada kecil lagi, mereka sering disebut sebagai pelapis paling ideal untuk generasi baru kini.

Kim Yoo-jung

Lahir pada September 1999, Kim Yoo-jung memulakan karier seninya seawal usia 4 tahun malah dia menjadi rebutan ramai pengarah bagai melakonkan watak kanak-kanak dalam filem atau pun drama mereka pada ketika itu.

kim yoojung kecil

Antara drama lakonannya ketika kecil yang masih kekal dalam ingatan ramai ialah “Princess Hours”, “Iljimae”, “Dong Yi”, “Moon Embracing The Sun” dan banyak lagi. Walaupun kelihatan comel semasa kanak-kanak tetapi pelakon ini membesar menjadi seorang gadis yang menawan sehingga mampu untuk membawa pelbagai watak utama kini.

Setelah meningkat dewasa, Kim Yoo-jung mampu keluar daripada imej ‘pelakon kanak-kanak’ yang sekian lama menyekatnya dan mula membawa watak dewasa seperti dalam drama “Cleaning With Passion For Now”, “Love In The Moonlight” dan “Backstreet Rookie”.

kim yoojung kim yoojung

Kim So-hyun

Kim So-hyun yang lahir pada Jun 1999 mula berjinak dalam dunia lakonan sejak berusia 7 tahun lagi. Sejak daripada itu, pelakon ini langsung tak berhenti daripada menerima tawaran berlakon daripada pelbagai drama bahkan banyak daripada naskhah yang dibintanginya pasti akan menerima rating yang tinggi.

kim sohyun kecil

Antara daripadanya ialah “Moon Embracing The Sun”, “King Of Baker, Kim Tak-gu”, “Missing You”, “I Can Hear Your Voice”, “Rooftop Prince” dan banyak lagi. Bahkan pada ketika itu, dia menerima gelaran ‘Permaisuri Pelakon Kanak-Kanak’. Hebat!

Semakin meningkat dewasa, Kim So-hyun kini sering menerima tawaran untuk berlakon watak utama. Anda semua pasti pernah melihatnya berlakon dalam drama terbaru seperti “Radio Romance”, “Love Alarm” dan “Tale Of Nokdu”.

kim sohyun kim sohyun

Oleh kerana visual dan mutu lakonan yang hebat, kedua Kim Yoo-jung dan Kim So-hyun ternyata merupakan antara pelapis pelakon generasi kini yang bakal mengikuti jejak langkah ramai pelakon wanita senior yang lain.

Masih lagi muda, tak sabar nak saksikan perkembangan diri mereka sebagai pelakon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...