Ikuti Kami:

Dari Warden Asrama Ke Pelakon Hebat, Im Siwan Dedah Kerjayanya Sebagai Pelakon

Dari Warden Asrama Ke Pelakon Hebat, Im Siwan Dedah Kerjayanya Sebagai Pelakon

Siapa sangka, perjalanan Im Si-wan untuk menjadi seorang pelakon bukan mudah.

Baru-baru ini, pelakon Im Si-wan telah tampil sebagai tetamu dalam program “You Quiz in the Block”.

Dalam program tersebut, pelakon itu menceritakan kisah hidupnya yang sebelum ini merupakan seorang bintang idola K-Pop dalam kumpulan ZE:A dan dia juga merupakan seorang warden asrama.

Disebabkan kerjayanya sebagai bintang idola K-pop hanya biasa, Kwang-hee memberitahu rakan ahlinya itu untuk mencuba semua uji bakat yang ada. Menurut Im Si-wan, dia pernah menyertai uji bakat untuk drama “The Moon Embracing the Sun” dan berjaya debut menjadi sebagai pelakon menerusi naskhah berkenaan.

Selepas setahun menjalani penggambaran drama itu, dia mengembangkan sayapnya lagi menerusi filem “The Attorney” memegang watak sebagai pelajar kolej yang ditangkap dan diseksa secara salah. Im Si-wan mendedahkan bahawa semasa dia melakonkan filem ini, dia telah menurunkan berat badannya dan turut melatih dirinya dalam tab mandi untuk babak dalam filem tersebut. 

im siwan

Selepas drama “The Attorney”, Im Si-wan turut terajui drama “Miseang: Incomplete life”, dengan watak sebagai seorang remaja bernama Jung Gue-rae,

Saya rasa saya harus fikirkan kebimbangan yang saya miliki sekarang dalam dunia lakonan saya. Ia adalah drama yang tidak akan saya lakukan lagi.

Tambahnya lagi,

Saya tidak pernah berputus asa untuk menjadi penyanyi. Saya mencabar diri saya dengan memikirkan untuk melengkapkan usia 20-an saya menjadi bermakna, jadi saya akan melakukan konsert dan belajar menari dengan lebih sempurna. 

Pelakon itu juga berhasrat bahawa,

Saya ingin menoleh ke belakang dan berfikir saya akan menjalani kehidupan yang bermakna dalam usia 30-an.

Untuk maklumat, Im Si-wan akan membintangi filem “Unlocked” yang bakal ditayangkan di Netflix pada 17 Februari ini.

Tak sangka jauh perjalanan Im Si-wan ini sebenarnya..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...