Ikuti Kami:

Dari Susah Ke Senang, Ini 10 Selebriti Korea Berjaya Mengubah Kehidupan

Dari Susah Ke Senang, Ini 10 Selebriti Korea Berjaya Mengubah Kehidupan

Ada tak korang terfikir yang selebriti K-Pop ni sebenarnya asal dari golongan yang macam mana? Adakah mereka dari golongan yang memang sudah kaya atau dari golongan yang biasa-biasa je?

Kalau korang nak tahu ada sesetengah selebriti K-Pop ini berasal dari golongan miskin kemudiannya berjaya menjadi kaya selepas debut menjadi bintang terkenal. Nak tahu siapakah mereka? Jom, KimchiDaily dedahkan identiti seleberiti itu.

1. IU

iu

Seperti yang diketahui ramai, IU merupakan bintang idola K-Pop yang berjaya menjadi seorang yang terkenal di Korea.

Untuk pengetahuan korang, IU sebenarnya membesar dibawah jagaan neneknya disebabkan ibubapa IU tidak mampu untuk menjaga dirinya bersama adik lelakinya. Oleh itu, IU tekad untuk mengubah hidupnya dan dia menyertai ujibakat nyanyian walaupun gagal dalam sesi pemilihan. Tetapi, IU tetap berusaha sehingga agensi LOEN mengambil dirinya untuk menjadi bintang idola K-Pop yang terkenal.

Berkat kesungguhan IU itulah telah membuahkan hasil buat dirinya dan agensi tersebut.

2. V dan SUGA BTS

v dan suga

Kepada peminat BTS iaitu ARMY, korang mesti tahu kan kisah V dan SUGA mengenai kehidupan keluarga mereka berdua?

V BTS dilahirkan dalam golongan keluarga yang sederhana yang hanya mempunyai sebuah ladang sahaja. Dia dibesarkan oleh datuk dan neneknya di kampung dan disebabkan itulah, V telah beranggap mungkin dirinya akan menjadi seorang peladang sama seperti datuk dan neneknya. Tetapi tuah menyebelahi dirinya apabila dia hanya menemani kawannya pergi ke ujibakat tetapi krew disitu meminta agar V menyertai ujibakat tersebut. Dari situlah, V terpilih menjadi pelatih dan debut dibawah kumpulan BTS.

Manakala, kisah tentang SUGA pula sedikit berbeza dengan V dimana, dia perlu melakukan kerja-kerja sambilan untuk menampung hidupnya. SUGA pernah menyatakan yang dia perlu untuk memilih sama ada membeli makanan atau membayar tiket bas. Kalau dia pilih membeli makanan untuk dirinya, mungkin dia tidak dapat pulang ke rumahnya di Daegu.

Hasil kesungguhan mereka berdua telah membuktikan ada kejayaan yang menanti di masa hadapan.

3. Eun-hyuk SUPER JUNIOR

eunhyuk super junior

Korang tahu tak, sebenarnya Eun-hyuk pernah dibesarkan dalam keadaan yang agak menyedihkan. Dia pernah menyatakan bahawa dahulunya dia tinggal di sebuah rumah yang tiada tandas dan terpaksa menggunakan tandas awam yang berhampiran dengan rumahnya.

Walaupun dia tinggal di kawasan perumahan tersebut, dia tidak pernah merungut tentang kehidupannya malah meneruskan rutin hariannya seperti biasa. Disebabkan Eun-hyuk tidak pernah merungut akan kehidupannya dulu, kini dirinya telah berjaya menjadi bintang idola K-Pop generasi ke-2.

4. BamBam GOT7

BamBam GOT7

Siapa yang mengenali GOT7, korang mesti tahu kisah BamBam kan? Kisah kehidupannya di Thailand juga memberi insipirasi kepada peminatnya.

BamBam berasal dari keluarga miskin di Thailand. Bapanya telah meninggal dunia ketika dia baru berusia tiga tahun dan meninggalkan ibunya untuk menjaga empat orang anak. Untuk membantu keluarganya, ibu BamBam membuka sebuah restoran kecil untuk menjana pendapatan harian mereka.

Disebabkan minat yang mendalam terhadap dunia tarian, BamBam berpeluang untuk menyertai kelas tarian di Thailand. Selepas berjaya debut menjadi ahli kumpulan GOT7, BamBam dapat membantu ibunya untuk membeli rumah buat keluarganya di Thailand.

5. Taeyang BIGBANG

Taeyang BIGBANG

Penyanyi yang terkenal dengan lagu “Eyes, Nose, Lips” iaitu Taeyang juga pernah berada dalam kehidupan yang kurang bernasib baik.

Taeyang melalui pelbagai kesukaran ketika membesar. Pada ketika itu, keluarganya sangat miskin dan perlu mengumpul duit yang mencukupi untuk menyara kehidupan mereka. Namun, kesusahan ditanggungnya itulah yang mendorong dirinya untuk menceburi kerjaya sebagai seorang bintang idola K-Pop untuk membantu keluarganya.

Akhirnya, Taeyang kini berjaya menempah namanya sebagai penyanyi hebat di Korea dan menjadi idola semua orang.

6. Kim Se-jeong

Kim Sejeong

Korang tahu tak, Kim Se-jeong yang popluar dengan drama “Business Proposal” pernah melalui kehidupan yang susah bersama keluarganya.

Dia pernah menyatakan bahawa dirinya pernah mendapat bantuan dari kerajaan Korea dimana dia boleh menggunakan kad yang telah diberikan itu untuk membeli makanan. Selain dari itu, Kim Se-jeong juga pernah memberitahu bahawa ketika cuti persekolahan dia perlu menggunakan kad tersebut untuk mendapatkan makan percuma dari pihak sekolahnya.

Sedihnya dengar kisah Kim Se-jeong ni. Tak sangka kehidupannya agak menyedihkan hati.

7. Han So-hee

Han Sohee

Pelakon yang meningkat naik iaitu Han So-hee pernah berada dalam fasa yang susah dimana dirinya berbekalkan sedikit wang tunai untuk menyara kehidupanya di Seoul demi mencapai cita-citanya sebagai seorang pelakon terkenal.

Han So-hee juga pernah bekerja di sebuah bar untuk jangka masa yang panjang bagi menampung hidupnya di Seoul. Selepas kegigihannya untuk mengejar impian, kini Han So-hee berjaya mendapat nama dalam dunia lakonan di Korea.

8. Seo In-guk

Seo Inguk

Watak utama dalam drama “Doom At Your Service” iaitu Seo In-guk juga membesar dalam kesusahan dimana ibunya mengumpul kotak di tepi jalan dan mengitar semula kotak tersebut untuk mendapatkan duit, demi menyara kehidupan mereka.

Tetapi, nasib Seo In-guk menyebelahi dirinya apabila dia memenangi pertandingan nyanyian “Superstar K” dan dari situlah kejayaannya bermula sebagai seorang penyanyi dan pelakon.

9. Park Bo-gum

Park Bogum

Korang tahu tak tentang kisah hidup Park Bo-gum? Kalau nak tahu, kisahnya agak menyedihkan hati.

Kisah ini bermula dimana Park Bo-gum telah kehilangan ibunya pada usia yang muda. Disebabkan itulah, bapanya terpaksa menyediakan keperluan untuk menjaga dia dan adik-beradiknya. Apabila umur dia mencecah 20-an, keluarganya telah jatuh muflis. Namun siapa sangka, usahanya yang tidak pernah putus telah membuahkan hasil. Kini, dirinya telah menjadi seorang pelakon yang hebat di Korea dan disayangi oleh peminatnya sehingga ke harini.

10. Sung-gyu INFINITE 

Sunggyu INFINITE

Siapa disini peminat INFINITE? Korang ingat tak kisah hidup Sung-gyu suatu ketika dahulu? Kisahnya juga memberi inspirasi buat semua.

Dulu, Sung-gyu pernah membesar dalam persekitaran yang menyedihkan. Kalau korang nak tahu, keluarganya pernah berada dalam kesempitan hidup dan telah membuatkan dirinya banyak menghabiskan masa tinggal di rumah rakannya. Sesungguhnya, keluarga Sung-gyu menentang impiannya untuk menjadi seorang penyanyi. Demi mengejar impian, dia menyertai pelbagai ujibakat dan akhirnya Sung-gyu diterima untuk menjadi pelatih di bawah agensi Woollim.

Ha, korang rasa bermotivasi tak dengar cerita tentang usaha-usaha selebriti K-Pop yang berasal dari keluarga susah dan akhirnya berjaya sehingga ke harini? Kesabaran yang ditunjuk mungkin memberi inspirasi untuk diri korang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...