Ikuti Kami:

Dari Set Drama Ke Jinjang Pelamin, 7 Pasangan Ini Sudah Berkahwin Dalam Kehidupan Sebenar

Dari Set Drama Ke Jinjang Pelamin, 7 Pasangan Ini Sudah Berkahwin Dalam Kehidupan Sebenar

Siapa sangka, bermula dari lokasi penggambaran, ramai pasangan K-Drama akhirnya berkahwin dalam kehidupan sebenar.

Seperti pasangan Hyunbin dan Son Ye-jin yang cinta mereka mula berputik menerusi drama “Crash Landing On You”, nampaknya ada ramai lagi selebriti Korea lain yang juga sudah bergelar suami isteri selepas sama-sama membintangi sebuah projek bersama.

Jom KimchiDaily kongsikan antara pasangan K-Drama yang sudah pun mengikat tali perkahwinan dalam kehidupan sebenar!

Yeon Junghoon & Han Gain

yeon junghoon han gain

Pasangan ini bertemu menerusi drama “Yellow Handkerchief” pada tahun 2003 dan memutuskan untuk berkahwin pada 2005.

Lee Sangwoo & Kim Soyeon

lee sangwoo kim soyeon

Siapa yang tak kenal kan dengan pasangan Lee Sang-woo dan Kim So-yeon? Bagi yang belum tahu, mereka berdua pernah sama-sama membintangi “Happy Home” pada 2016 dengan watak sebagai suami isteri, dan mula bercinta selepas penggambaran drama itu tamat.

Ki Taeyoung & Eugene

ki taeyoung eugene

Sama-sama membintangi “Creating Destiny” pada 2009, pasangan Ki Tae-young dan Eugene akhirnya berkahwin pada 2011.

Hyunbin & Son Yejin

son yejin hyunbin

Mula mengenali antara satu sama lain dalam filem “The Negotiation” pada 2018, Hyunbin dan Son Ye-jin sekali lagi bekerjasama dalam drama popular “Crash Landing on You”. Mengumumkan mengenai hubungan mereka kepada umum pada Disember 2020, pasangan ini akhirnya berkahwin pada 31 Mac 2022 dan sudah pun mempunyai seorang anak kini.

Ji Sung & Lee Boyoung

ji sung lee boyoung

Ji Sung dan Lee Bo-young telah berkahwin pada 2013 dan mempunyai dua orang anak bersama kini. Untuk pengetahuan, kedua mereka mula bertemu dalam siri “Save Last Dance for Me” pada 2004 dan telah mengesahkan mengenai hubungan mereka kepada umum pada 2007.

In Gyo & So Yihyun

in gyo so yihyun

In Gyo dan So Yi-hyun pernah muncul dalam dua drama bersama iaitu “Aeja’s Older Sister, Minja” pada 2008 dan “Happy Ending” pada 2012. Akhirnya, mereka berdua memilih untuk hidup bersama sebagai suami isteri dengan berkahwin pada 2014.

Ryu Sooyoung & Park Hasun

ryu sooyoung park hasun

Bermula dengan cinta lokasi menerusi drama “Two Weeks” pada 2013, Ryu Soo-young dan Park Ha-sun telah memutuskan untuk berkahwin pada 2017.

Semoga berkekalan semuanya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...