Ikuti Kami:

Dari Romantik Ke Thriller, Netflix Kongsi Barisan Naskhah Korea Bakal Tayang Nanti

Dari Romantik Ke Thriller, Netflix Kongsi Barisan Naskhah Korea Bakal Tayang Nanti

Menerusi acara virtual “TUDUM” yang berlangsung baru-baru ini, penonton telah disajikan dengan teaser beberapa naskhah Korea yang akan ditayangkan di laman penstriman itu tak lama lagi.

My Name

Tarikh tayangan: 15 Oktober 2021

Pelakon: Han So-hee, Park Hee-soon, Ahn Bo-hyun, Kim Sang-ho, Lee Hak-joo, Jang Ryul dan ramai lagi.

“My Name” ialah sebuah drama noir mengenai Yoon Ji-woo (Han So-hee), seorang wanita yang menyertai organisasi jenayah dan menurut arahan mereka untuk menyamar sebagai polis bagi membongkar kejadian sebenar mengenai kematian ayahnya. netflix my name

Hellbound

Tarikh tayangan: 19 November 2021

Pelakon: Yoo Ah-in, Kim Hyun-joo, Park Jung-min, Won Jin-ah, Yang Ik-joon, Kim Do-yoon, Kim Shin-rok, Ryu Kyung-soo, Lee Re dan ramai lagi.

Diarahkan oleh pengarah “Train To Busan”, drama ini berlatarbelakangkan dunia di mana manusia melalui fenomena mistik yang mengerikan di mana utusan dari neraka yang muncul di bumi untuk membawa manusia ke neraka. Dalam kekalutan akibat realiti baru ini, satu kepercayaan diketuai Jung Jin-soo (Yoo Ah-in) mula popular manakala segelintir yang lain cuba membongkar rahsia disebalik kejadian pelik ini.netflix hellbound

The Silent Sea

Tarikh tayangan: Disember 2021

Pelakon: Bae Doo-na, Gong Yoo, Lee Joon dan ramai lagi.

Drama thriller sci-fi yang menyeramkan ini berlatarbelakangkan tahun 2075, di mana peninggalan telah mengurangkan sumber makanan dan minuman di bumi. Satu pasukan khas kemudiannya ditugaskan untuk mendapatkan sampel misteri dari stesen yang ditinggalkan di sebuah pusat penyelidikan di bulan yang digelar sebagai lautan sunyi.netflix the silent sea

Juvenile Justice

Tarikh tayangan: Januari 2022

Pelakon: Kim Hye-soo, Kim Moo-yeol, Lee Sung-min, Lee Jung-eun, etc.

Drama perundangan ini membawa kisah seorang hakim berduri yang bencikan pesalah juvana dan kemudiannya dilantik sebagai hakim di sebuah mahkamah juvana tempatan. Hakim itu, merupakan seorang mangsa jenayah juvana sebelum ini akan melalui pelbagai kes melibatkan anak muda dan menyedari maksud sebenar menjadi dewasa.netflix juvenile justice

All Of Us Are Dead

Tarikh tayangan: Januari 2022

Pelakon Yoon Chan-young, Park Ji-hoo, Cho Yi-hyun, Lomon, Yoo In-soo dan ramai lagi.

Naskhah ini menceritakan situasi apabila sebuah sekolah menengah dijangkiti dengan virus zombi dan mereka di luar cuba menyelamatkan para pelajar di dalamnya. Drama ini akan menampilkan perasaan individu yang cube melawan sehingga ke akhirnya bagi menyelamatkan diri dalam ruangan yang sempit selain menyembunyikan naluri sebenar manusia apabila menghadapi situasi menakutkan.netflix all of us are dead

Love And Leashes

Tarikh tayangan: Februari 2022

Pelakon: Seo-hyun (Girls’ Generation), Lee Jun-young (U-KISS)

Filem ini mengisahkan kisah cinta bukan konvensional di antara seorang lelaki dengan citarasa unik dan seorang wanita yang mempelajari rahsia tersebut tanpa sengaja.netflix love and leashes

Anda dah tak sabar nak tengok yang mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...