Ikuti Kami:

Dari Penulis ‘The Penthouse’, Episod Awal ‘Pandora: Beneath The Paradise’ Raih Rating Baik

Dari Penulis ‘The Penthouse’, Episod Awal ‘Pandora: Beneath The Paradise’ Raih Rating Baik

Bagi siapa yang suka plot tentang pembalasan dendam, korang harus tonton drama “Pandora: Beneath the House” sekarang!

Bagi yang belum tahu, diterajui Lee Ji-ah dan Lee Sang-yoon, “Pandora: Beneath The Paradise” ialah sebuah drama balas dendam tentang seorang wanita, yang menyedari bahawa kehidupannya bukanlah sempurna seperti yang dilihat.

Pada 11 Mac, episod pertama drama tersebut telah pun ditayangkan dan berjaya meraih rating yang memuaskan iaitu sebanyak 4.9% di seluruh negara, menewaskan “Crash Course in Romance” yang mencatat rating 4% pada tayangan perdananya.

tvn pandora beneath the paradise

Khususnya dalam episod awal “Pandora: Beneath The Paradise”, kehidupan sempurna Hong Tae-ra (Lee Ji-ah) mula beransur-ansur berubah dengan memori asing yang mula datang tanpa diduga. Sama ada mimpi atau kenangan dari ingatannya yang hilang pada masa lalu, ianya bayangan yang sentiasa menghantui dirinya.

Dalam episod akan datang, Hong Tae-ra sedar bahawa hidupnya yang kelihatan sempurna adalah rekaan yang dirancang oleh orang lain, sebahagian daripada rancangan besar yang licik.

Jangan lupa tonton “Pandora: Beneath the Paradise” pada setiap hari Sabtu dan Ahad menerusi Disney+!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...