Ikuti Kami:

Dari Pengarah Hebat, Peminat Teruja Ingin Lihat Gandingan Han Sohee & Song Hyekyo Dalam Drama Baru

Dari Pengarah Hebat, Peminat Teruja Ingin Lihat Gandingan Han Sohee & Song Hyekyo Dalam Drama Baru

Dengar cerita pengarah Shim akan mengarah drama “The Price of Confession”, betul ke?

Terkini, media Korea melaporkan bahawa pengarah Shim Na-yeon akan mengarah sebuah drama baru bertajuk “The Price of Confession”. Drama ini akan dibintangi oleh dua pelakon hebat iaitu Song Hye-kyo dan Han So-hee, yang mengisahkan tentang dua orang wanita yang terjerat dalam satu kes pembunuhan.

Untuk maklumat, pengarah Shim Na-yeon pernah menghasilkan karya-karya hebat seperti “At Eighteen”, “Summer Days” dan “Beyond Devil”.

Sebelum ini, “The Price of Confession” dilapor diarahkan oleh pengarah Lee Eung-bok tetapi dia telah menarik diri sebelum memulakan proses penggambaran.

song hyekyo dan han sohee

Apabila mendengar berita bahawa Song Hye-kyo dan Han So-hee akan bekerja dengan pengarah Shim, ramai penonton semakin teruja untuk menantikan tayangan drama ini nanti.

Antara komen yang ditinggalkan adalah,

Saya tidak sabar nantikan kehebatan dua orang pelakon ini.

 

Drama ini mesti jadi drama paling ‘hit’.

 

Saya percaya pada pengarah Shim.

Info tambahan, Song Hye-kyo akan muncul dalam bahagian 2 siri Netflix “The Glory” pada 10 Mac nanti. Sementara itu, Han So-hee akan memegang watak dalam “Gyeongseong Creature” yang dijangka akan dikeluarkan pada separuh keempat tahun 2023.

Tak sabar nak tengok gandingan dua pelakon hebat ni nanti!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...